Akulah jejak bayang.yang mencari sesuatu yang hilang.walau dalam cahaya kelam.dalam gelap malam.mencari sinar gemilang.Ya ilahi Ya rabbi kurniakan pertunjuk-MU
kisah NABI ALLAH IDRIS.
dan anak mahlil ada seorang anak bernama ikhraj.iaitu idris.ada pun ikhraj itu banyak ia bertadarus kitab allah t.a.l kerana itu dinamakan dia idris.lagi amat tahu ia akan ilmu nujum.maka idris itu sentiasa ia berbuat ibadat kepada allah,dan sentiasa menyebut nama allah t.a.l. siang dan malam
bermula malaikat kirama katibin membawa amal segala anak adam naik kelangit tiap-tiap pagi dan petang maka dilihat oleh izrail akan segala amal anak adam itu kelam tiada bercahaya melainkan amalan seorang jua yan bercahaya.maka kata izrail kepada kirama katibin itu,amal siapakah yang kau bawa ini lain dari amalan yang lain dari pada itu menderhaka akan allah t.a.l
maka kata kiraman katibin bahawa didalam bumi itu ada seorang lelaki,hanya dialah yang berbuat kebaktian kepada allah yang lain berbuat derhaka jua.hatta maka itulah izrail hendak bertemu dengan idris.maka ia pun memohon izin untuk mengunjungi nabi idris.maka firman allah pergilah engkau kepada hambaku,bahawasanya dialah yang berbuat kebaktian kepada ku didalam bumi.
maka pergilah izrail mengunjungi nabi idris dengan menyerupai seperti rupa manusia.maka takala ia bertemu dengan nabi allah idris ia pun memberi salam.disahut oleh idris akan salam izrail itu.
setelah itu,nabi idris berjalan dengan izrail dipadang rumput dan bertemu dengan seekor kambing,kata izrail mari kita sembelih kambing orang ini maka sahut idris tiada harus kita sembelih kambing orang ini.tiada harus kita makan dagingnya kerana ia hak orang.maka berjalanlah keduanya lalau bertemu dengan pohon anggur.kata izrail mari kita ambil buah kayu ini.
kata idris tiada harus kita ambil dan makan buah kayu ini kerana ia hak orang lain.bahawasanya aku ini selamanya tiada makan yang haram,dan izrail pun berjalanlah kedepan nabi allah idris,tiadalah nabi allaah idris kenal akan izrail.
lalu nabi allah idris pun bertanya kepada izrail.dari manakah tuan hamba datang dan tidaklah tuan hamba sekampung dengan kami,atau didalam negeri kamikah tuan hamba diam.maka sahut izrail hamba ada didalam negeri ini.maka diamlah nabi idris.
kata ahli tafsir;-
ada pun idris itu mengajar segala kaumnya yang derhaka kepada allah t.a.l itu membawa iman akan allah,dibantahi oleh mereka dan dicaci oleh mereka tidak mahu mereka itu membawa iman akan allah dan nabinya.
maka firman allah keluarlah engkau hai idris bahawasanya aku hendak menyiksa akan mereka itu maka keluarlah idris dari pada kaumnya pergi berjalan pada segala pihak negeri maka kaum nabi idris pun diseksa dengan siksa lapar,hatta idris bertemu dengan izrail dan memberi salam ia kepada idris dan nabi idris menyambut salamnya maka bertanya idris kepada malaikat maut siapa engkau ini maka sahut izrail aku seorang hamba allah diantara hamba allah yang lain.maka kasih aku akan dikau dengan kerana allah dan sangat hatiku hendak mengunjung dikau.maka berbuat ibadatlah nabi allah idris dan izrail pada hari ia datang itu.
dan takala waktu petang dianugerahkan allah t.a.l rizki dan katanya marilah kita makan hai hamba allah,dijawab oleh izrail,tiada lagi aku berkehendak akan makanan itu.dan berbuka puasalah nabi idris dan setelah itu berdirilah nabi idris beribadat bersama izrail.takala hampir siang maka mengantuklah idris lalu tertidur dan izrail tiada pula ia berhenti daripada berbuat ibadat akan allah t.a.l takala terbit pajar bangunlah nabi idris mengambil air sembahyang dilihatnya izrail ada berdiri sembahyang maka sembahyanglah keduanya.
setelah pagi hari maka berjalanlah keduanya setelah beberapa lama berjalan bertemulah ia dengan sepohon kayu yang berbuah,kata izrail hai idris ambil olehmu akan buah kayu ini akan bekalmu berbuka puasa.maka sahut idris subhanallah hil azim,jika aku ambil buah kayu ini adalah aku dari pada orang yang berbuat dosa bahawasanya tuhanku jua yang memberi rizki akan daku dengan tiada diduga adanya.dan berjalanlah keduanya hingga kepetang dan dianugerahkan allah t.a.l kepada nabi idris rizki dan ia berbuka puasa serta katanya hai hamba allah marilah kita makan kerana hari sudah petang dan patutlah kita berbuka puasa.dan sahut izrail tiada lagi aku berkehendak akan makanan itu.
setelah idris makan maka berdirilah idris berbuat ibadat dan izrail pun berdiri sertanya beribadat,setelah hampir pajar mengantuklah nabi idris lalu ia tertidur dan izrail sembahyang jua ia.setelah nabi allah idris terjaga lalu ia mengambil air sembahyang lalu sembahyanglah ia bersama izrail setelah sembahyang berjalanlah keduanya.
tidak berapa jauh tiada berapa jauh maka berdirilah idris memandang kepada izrail.maka kata izrail kenapa engkau memandang kepada ku.aku mengenal dikau dan engkau tiada mengenal daku.sahut idris hai hamba allah engkau ini bukan manusia hendaklah engkau perkenalkan dirimu kepadaku.apa nama mu dan apa pekerjaan mu bersama dengan aku ini tiada aku lihat engkau makan dan minum dan tiada pula engkau tidur.dan tiada pula engkau mencari bekal akan makanan mu supaya kuat angota mu dengan dia.
maka sahut izrail jika tetap hati mu jangan engkau takut akan daku niscaya aku katakan nama ku pada mu.setelah didengar idris maka tercenganglah nabi allah idris mendengar kata izrail itu,kata izrail akulah malaikat maut.
setelah nabi allah idris mendengar kata izrail itu gementarlah segala tulang sendinya.serta katanya''innalillahi wa inna ilahi raajiun''
hai malaikat maut datang mu ini akan mengambil nyawa ku kah atau mengunjunggi daku.maka sahut izrail demi allah tiada datangku ini akan mengambil nyawa mu,jika aku dititahkan allah t.a.l mengambil nyawamu niscaya tiada akan ku perlambat sekelep mata jua pun,hingga ku kerjakan suruh tuhan ku.
maka,kata idris.demi allah telah gementar segala tulangku mendengar nama mu ini,kerana pekerjaan tuan hamba mengambil nyawa jua.
kata izrail,kedatangan ku ini kepada mu,kerana ku lihat segala suratan amalan anak adam sekalianya berdosa,dan kejahatan jua adanya,dan ku lihat dalam suratan amalan mu,tiada jua didalamnya dosa dan kesalahan melainkan kebaktian jua,maka kasihlah aku akan dikau kerana allah.dan memohonkan izin untuk mengunjunggi dikau.
maka,berjalanlah keduanya tidak berapa jauh berkatalah idris,hai malaikat maut ada suatu kehendaku kepadamu.maka sahut malaikat maut apa kehendak mu katakanlah kepadaku.
ujar idris.kehendaku barang kiranya kau bawa aku naik kelanggit.sahut izrail jika dengan izin allah t.a.l hamba bawalah tuan hamba naik kelanggit.dan idris pun memohon kehadrat allah t.a.l sembahnya ya tuhanku engkau jua tuhan yang menyampaikan segala kehendak dengan kemuliaan kekasihmu muhammad kesudahan nabi lagi rasul.
dan setelah itu terdengarlah satu suarahai izrail barang kehendak hambaku idris turutkan oleh mu.
dan izrail pun membawa nabi allah idris naik kelanggit.setelah sampai ia kelanggit dilihatnya segala isi langgit itu.maka berjalanlah keduanya diatas langgit itu.
maka ujar idris,hai malaikat maut ada suatu lagi kehendaku barang kiranya kau ambil nyawaku supaya kurasai sakitnya mati.maka hairanlah malaikat maut mendengar kata idris demikian.
katanya,subha nallah wa bihamdihi.bahawwasanya segala malaikat yang menanggung aras pun takut akan mati,bagai mana tuan hamba berkehendak akan mati itu.
sahut idris.tiada mengapa yg demikian itu,kerana mati itu tiada dapat tiada sahaja akan menerima ia jua.maka sekarang kehendaku apabila sudah tuan hamba ambil nyawa hamba maka tuan hamba pohonkan kepada allah t.a.l kiranya dikembalikan pula nyawa hamba kerana belum lagi ajal hamba supaya hamba dapat berbuat ibadat selama usia hamba.
maka firman allah t.a.l hai izrail turutkan kehendak hambaku yang sangat iklas kepadaku dan sanggat percaya akan kudratku.
setelah izrail mendengar firman sedemikian,maka diambilnya nyawa idris dengan takzimnya,dan hormatnya,setelah berhimpun nyawa idris didadanya maka pengsanlah idris tidak sedarkan dirinya,maka dikeluarkan nyawa idris itu selama sesaat lamanya.maka dikembalikan semula nyawa idris kepada badanya oleh malaikat maut.
dengan kudrat allah t.a.l hiduplah idris maka dan izrail menyapu muka dan kedua matanya ujar izrail bagai mana tuan hamba merasai mati itu,ujar idris sanya tiada ngapa pada aku mati itu kerana aku mendampingkan diriku dengan tuhanku jua dan bertambah cintaku kepadanya.tetapi adakah sedemikian kau ambil nyawa segala makluk.seperti kau ambil nyawaku ini.
maka ujar malaikat maut,tiada seorang jua pun maanusia ku ambil nyawanya seperti ku ambil nyawa tuan hamba ini,tersanggat perlahanya.kata idris demi allah terlalu amat sakitnya tiada seumpamanya seperti sakitnya mati.
dan setelah itu berjalanlah keduanya.seketika maka berdirilah idris katanya.wahai malaikat maut bawa kiranya hamba kelanggit yang ketujuh
hai malaikat maut ada satu lagi kehendaku bawalah aku kepada api neraka supaya dapat hamba melihat ia.
maka khairanlah malaikat maut mendengar kata idris serta katanya,subhanallah hil azimmi wabihamdihi,ajaib sekali hambamu bahawasanya malaikat yang damping dengan allah t,a,l pun amat takut mereka akan api neraka dan sentiasa dipohonkanya kepada allah t.a.l barang diluputkan ia dari pada api neraka maka kata idris tidak mengapa bawa juga aku kepadanya barang kali aku merasai akan kehangatanya niscaya lari aku dari padanya,
hatta.maka izrail pun membawa idris keneraka dengan firman allah t.a.l setelah sampai mereka kepintu neraka,berkatalah izrail hai yang menjaga pintu neraka,buka akan pintu neraka ini,
maka melompat segala malaikat yang menjaga pintu neraka serta dibawanya rantai,belenggu,beberapa ular dan kala dari api neraka,dibawanya kepintu itu kerana pada sangkaan mereka itu kalau dititahkan oleh allah t.a.l untuk menyiksa seseorang yang akan dimasukan keneraka.
kata malaikat yang menjaga pintu neraka,siapa kamu yang diluar pintu ini.dan sahut izrail akulah malaikat maut.
apabila didengar mereka nama malaikat maut maka gugurlah dari tangan mereka belenggu dan rantai ular dan kala kata mereka inna lilahi wainna illahi rajiun.hai malaikat maut bahawa dititahkan allah t.a.l engkau kemari ini akan mengambil nyawa kami semua ini.kerana tiada pernah tuan hamba datang kepada tempat ini.
sahut izrail,tiada dititahkan aku untuk mengambil nyawa kamu sekalian dan jika dititahkan allah t.a.l akan daku mengambil nyawa kamu niscaya tiada aku pertangguhkan melainkan ku kerjakan akan dia.sesungguhnya ada seorang hamba allah dari pada sekalian hamba yang banyak.bahawa dipintanya kepadaku untuk melihat neraka,maka dititahkan allah t.a.l kepada ku membawa dia kemari.bahawa lelaki ini sebaik-baik hamba allah dibumi.
maka kata mereka baiklah kamu perlihatkanlah akan dia berapa kehendaknya,maka menilik mereka kepada idis ,katanya berapa kehendakmu melihat api neraka hai hamba allah yang benar tiada seorang pun jua dahulu dari pada kamu yang hendak melihat siksa allah yang sanggat dasyat ini.
maka sahut idris sedikit jua,sekira-kira dapat dilihat dengan mata hamba.maka diperlihatkan kepada idris akan api neraka itu terlalu amat nyalanya serta dengan hitamnya lagi amat gemuruh bunyinya terlalu amat hebat seolah-olah akan menghancurkan isi langit dan bumi.
maka pengsanlah nabi idris,tiada sedarkan dirinya lalu rebah dan dapat didakap oleh izrail akan idris,setelah sembuh nabi idris dari pensanya,berkatalah izrail,bukankah sudah ku katakan akan dikau bahawa tiada dapat engkau melihat azab allah api neraka itu.
sahut idris,tiada mengapa padaku kerana takut aku akan tuhanku dan bertambah kasihku kepadanya.
dan kembalilah keduanya dari sana,maka kata idris kepada malaikat maut,hai kekasihku ada satu lagi kehendakku,kepada mu sahut izrail apa pula kehendak mu itu katakanlah kepadaku bahawasanya allah t.a.l jua yang menyampaikan segala kehendak mu itu.
ujar idris,bahawa kehendaku melihat pula surga,kerana neraka telah ku lihat melainkan surga belum lagi ku lihat.supaya hamba lihat barang yang dianugerahkan allah t.a.l kepada segala hambanya daripada segala kemuliaan dan berbagai nikmat didalamnya.
maka kata malaikat maut,marilah kita pergi.hatta maka pergilah keduanya kepintu surga.ujar malaikat maut hai riduan bukailah kamu pintu surga ini.maka sahut yang menjaga surga siapa yang diluar pintu ini serta dibawa oleh mereka segala pakaian surga kerana disangka mereka itu dititahkan allah t.a.l seseorang masuk surga.maka segala anak bidadari pun berlari mendengar suara malaikat yang mengawal surga itu.menanya malaikat maut.
maka kata izrail.akulah malaikat maut.serta didengar mereka nama malaikat maut itu,maka gugurlah barang yang pada tangan mereka dari pada segala pakaian yang dibawa mereka itu,ucap mereka innalilahi wa inna ilahi rojiun.
bahawa engkau ini dititahkan allah t.a.l untuk mengambil nyawa kami kah,maka ujar malaikat maut tiada aku dititahkan allah t.a.l akan mengambil nyawa kamu.dan jika sekiranya aku dititahkan allah t.a.l untuk mengambil nyawa kamu tiadalah aku menanguhkanya seketika jua.melainkan ku kerjakan jua titah allah t.a.l itu.tetapi aku datang kemari membawa seorang lelaki hamba dari segala hamba yang banyak dibumi.
sahut mereka.benarlah kata tuan hamba.kami pun tahu akan tempatnya didalam surga hatta maka dibukakanlah pintu surga itu.maka masuklah nabi allah idris kedalam surga dilihatnya dua sungai mengalir airnya terlalu deras dan terlebih putih dari susu dan rasanya terlebih manis dari madu.dan ada pada tebing sungai itu pohon kayu batangnya daripada emas.dan cawangnya daripada manikam dan buahnya dari mutiara.
maka ujar idris kepada malaikat maut,beri izin akan daku meminum air sungai ini dan mengambil air sembahyang.dan menunaikan sembahyang dua rakaat salam.dan mengucap syukur akan anugerah tuhanku.maka sahut malaikat maut minumlah oleh tuan hamba dan diminumlah idris akan air sungai itu.dan nabi allah idris pun mengambil air sembahyang dari pada air madu itu,maka mengucap syukur nabi idris akan allah s.w.t
lalu ia sembahyang dua rakaat setelah itu ia berbaring dibawah pohon kayu didalam surga itu.dan kain selimutnya pada cabang pohon kayu itu hatta tertidurlah nabi allah idris.setelah jaga dari tidurnya maka ujar izrail.marilah kita kembali.lalu nabi allah idris pun bangkit dan berjalan hingga kepintu surga.maka katanya kepada malaikat maut,hai kekasihku bahawa kain selimutku tertinggal pada dahan pohon kayu itu,nantilah hamba seketika disini,hamba pergi mengambil kain hamba.
maka kata malaikat maut,pergilah tuan hamba ambil kain itu.dan pergilah idris mengambil kainya itu.setelah diambilnya lalu ia berjalan pada tepi sungai itu.maka malaikat maut pun datang kepada nabi allah idris katanya marilah pulang.
maka sahut nabi allah idris,tiadalah aku mahu keluar dari dalam surga ini,disinilah tempat aku berbuat ibadat akan tuhanku hinga datang kepada hari qiamat.
kata izrail,tiada berani hamba meninggalkan tuan hamba didalam surga ini,dengan tiada izin allah t.a.l.kerana belum lagi anak adam masuk surga.sungguh pun tuan hamba tertentu masuk surga tiada sekarang melainkan pada takala sudah hari qiamat dan dikirai allah t.a.l akan segala amalan kemudian dari pada melalui akan neraka.kemudian dari pada mati maka bolehlah masuk surga dan kekalah tuan hamba didalamnya.
maka dijawab oleh nabi allah idris.
ya izrail,jika tuan hamba katakan belum mati telah sudah hamba rasai mati,kerana firman allah t.a.l mati itu sekali jua tiada dua kali.dan jika dikata melalui neraka maka dapat masuk surga bahawa hamba telah melihat neraka.maka tiadalah hamba mahu keluar dari surga ini.
dan lagi pun tiada dengan kuasa tuan hamba dan yg mengawal surga ini masukan hamba disini,dan mengeluarkanya hamba daripadanya melainkan kuasa tuhanku jua.dan lagi tiadalah kuasa tuan hamba mengambil nyawa hamba dan memperlihatkan hamba api neraka melainkan kehendak tuhan jua.
hatta maka datanglah firman allah t.a.l.
ya izrail benarlah kata hamba ku itu.bahawasanya tiada kuasa engkau merasakan semua itu akan dia.dan tiada kuasa atas dikau memasukan akan dia didalamsurga itu atau mengeluarkanya daripadanya,benarkanlah hambaku idris itu diam didalamnya.bahawasanya surga itu tempat hambaku yang berbuat ibadat kepadaku.dan suruhlah ia pergi diam disuatu tempat yang kutaruhkan ia.seperti firman allah t.a.l
TELAH KAMI SEBUTKAN KEPADAMU YA MUHAMMAD,HIKAYAT IDRIS BAHAWASANYA IA ADALAH ORANG YANG BENAR LAGI NABI,DAN KAMI ANGGKATKAN DIA,DARI TEMPAT YANG TINGGI ADAPUN IA IDRIS TAKALA IA TELAH MELIHAT TEMPATNYA DIDALAM SURGA ITU,MAKA FIRMAN ALLAH T.A.L HAI HAMBAKU IDRIS KERANA DIDALAM SURGA INI BUKAN TEMPAT BERBUAT IBADAT,MELAINKAN TEMPAT KESUKAAN JUA.DAN TEMPAT MENGADAP TUHAN MU.MAKA APABILA SUDAH ENGKAU MELIHAT TEMPATMU ITU PERGILAH ENGKAU DUDUK KEPADA LANGGIT YANG KETUJUH,DISANALAH ENGKAU MENGUCAP TASBIH AKAN DAKU ITULAH YANG MENGENYANG AKAN DIKAU SEPERTI SEGALA MALAIKATKU SEKALIAN.PUJILAH ENGKAU AKAN DAKU DAN BERBUAT IBADATLAH ENGKAU KEPADAKU HINGGA KEPADA HARI QIAMAT.
hatta maka pada tempat itulah nabi allah idris ,terhantar sekarang.bermula anak cucu idris yang tinggal didalam bumi sekalianya bercinta dengan tangis akan bapanya.kerana bercerai dengan bapanya.maka ada seorang anaknya bernama munasikah,dan dialah yang sangat bercinta akan bapanya.pada suatu hari datanglah iblis laknat kepadanya,katanya jika kamu ingin tetap hatimu akan percintaan kamu hendaklah kamu mengukir patung yang menyerupai bapamu,dan kujunggilah ia setiap hari pujilah ia dan janganlah kamu lalai dari mengunjunggi dia.dan diperbuatlah mereka akan yang diajar iblis itu.bertambahlah sesat mereka itu hingga keanak cucunya menurut mereka itu akan perbuatan cucu mahlil.mengikut kata iblis dan bertambahlah penduduk bumi menyembah berhala.takala itu tiada seorang pun yang menyembah allah t.a.l.dan beberapa lamanya hingga kepada 400 tahun.maka dijadikan allah t.a.l akan nabi nuh a.l.s. mengajar mereka itu jangan menyembah berhala.dan sembah oleh kamu akan allah t.a.l. tuhan yang esa.seperti sembah bapa kamu adam.a.l.s
Langgan:
Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan