Kisah adam dibumi
dan adam jatuh keserendib siti hawa jatuh kejedah,merak jatuh keindustan ular jatuh kesafhan,iblis jatuh kemeterandalran.hatta maka adam pun menangis terlalu sangat tangisnya dan percintaanya dua ratus tahun ada mengatakan tiga ratus tahun lamanya menangis.maka dari pada banyak tangisnya sehingga menjadi sungai maka jadi pada tebingnya sungai itu kharam dan delima dan karnapal.
bermula siti hawa pun menangis maka dari pada air matanya itu jadi celak,hinai dan barang yang mengalir kelaut jadi mutiara itulah jadi perhiasan pada segala anak perempuan.
maka pada suatu hari datang jibril kepada nabi allah adam,kata jibril hai nabi allah adam,naik haji engkau dahulu sebelum datang mati''
dan nabi allah adam mendengar nama mati itu gementar segala tulang sendinya.
maka kata nabi allah adam,kemana jalanku ya jibril maka ujar jibril ka'abahtullah t.a.l
maka berjalanlah nabi allah adam menuju ka'abahtullah.maka barang dimana ia berhenti maka jadilah bumi itu makmur,dan menjadi negeri besar berkat kemuliaan nabi allah adam safiyullah.
apabila sampai nabi allah adam,maka kata segala malaikat ya nabi allah tawaflah pada baitul makmur ini,diceritakan pada ahli tafsir takala dunia sebelum taufan nabi allah noh baitul makmur itu berada pada tempat ka'abah,takala dunia karam maka baitul makmur itu diangkat oleh allah keudara.bahawa baitul makmur itu sebuah khaimah dari manikam yang hijau,dari pada emas seratus sak dan pintunya dari pada manikam yang merah.ada pun kemuliaan baitul makmur itu barang yang hingap pada ihramnya niscaya diharamkanlah menyembelih dia.maka datanglah adam kebukit a'rafah dan lalu kejabal rahman.maka nabi allah adam pun duduk maka dilihatnya kepadang itu dilihatnya ada seorang perempuan datang maka dikenal adam akan perempuan itu siti hawa.lalu dibawa adam siti hawa kesisinya.maka keduanya menangis berseru-seru kerana takutkan allah t.a.l bertambah pula meninggalkan surga.
makin sangatlah percintaan keduanya maka segala malaikat dilangit pun beserta adam lalu dibukakan allah t.a.l akan hijab dan sampailah penglihatan adam lalu kebawah aras allah t.a.l
maka dilihatnya adam segala tiang aras itu tersurat kalimah lailahaillah muhammad rasullah.
maka sembah adam''ya tuhanku demi kemuliaan nama yang tertulis pada tiang aras mu itu taubatlah hambamu kepadamu dan terimalah taubat hamba mu kepada mu itu''
hatta maka jibril pun turun membawa firman tuhan,katanya hai adam telah diperkenankan allah t.a.l akan taubat tuan hamba,jika engkau didalam surga itu meminta safaat dengan yang empunya nama itu niscaya tiadalah dikeluarkan dari dalam surga itu.
ada pun diceritakan,takala nabi allah musa munajat dibukit tur sinar,maka sembah musa ya tuhanku adakah surga itu berpagar,dan bertunggu.
maka firman allah bahkan ada berpintu dan ada yang mengawalinya.
maka sembah musa ya tuhanku jika sedemikian betapa iblis dapat masuk kedalamnya.
firman allah t.a.l iblis itu masuk kedalam mulut ular,dan sembah musa betapakah adam menurut kata iblis itu.
maka firman allah t.a.l hai musa jangan engkau tanya dari pada kehendaku dan hikmat ku itu.
maka masuklah adam kebaitullah naik haji.maka firman allah t.a.l kepada jibril hai jibril bawalah adam kesungai.dan sapukanlah tanah pada sungai niqmal itu kebelakang adam supaya jadi anak cucunya dari pada berkat tanah itu,maka jibril pun menyapu tanah itu kebelakang adam.
kata adam hai jibril hikmat apakah ini,kata jibril itulah anak cucumu yang akan dijadikan allah t.a.l. hatta adam pun melihatlah segala arwah anak cucunya penuh diudara kerana sangat banyaknya,maka kata jibril itulah segala anak cucunmu,maka kata adam jika demikian itu banyaknya anak cucu hamba dimanakah luasnya dunia ini.kata jibril hikmat tuhanmu yang amat kuasa pada menjadikanya hai adam,adalah setengah dijadikanya,dan setengah lagi didalam rahim ibunya,dan setengahnya pada salbu bapanya dan barang yang dahulu itu dimatikanya.
kata adam anak cucuku ini berbagai lakunya,ku lihat setengah islam,setengah kafir,setengah mukmin,setengah asi,dan setengah suka cita dan setengah berduka cita.miskin dan kaya.
firman allah t.a.l hai adam lihatlah cucu mu yang kaya itu tiada ia memadaikan anugerahku.dan yang miskin itu tidak ia sabar dan syukur akan daku.maka firman allah t.a.l menyuruh akan arwah anak cucu adam itu bersaf beratur dari misrak ke miqrab,maka dengan hikmat allah t.a.l yang dikanan adam itu mukmin dan segala yang dikiri adam itu munafik,dan zindi,dan asi,dan segala dihadapan adam itulah nabi-nabi.wali-wali dan segala dibelakang adam itulah kafir dan musrik.
firman allah t.a.l kepada arwah cucu adam;-bukankah aku tuhanmu,maka disahut oleh arwah semua itu.''bahkan,engkau tuhan kami''..firman allah t.a.l sujudlah kamu kepada tuhan yang menjadikan kamu.maka saf yang dari kanan itu semuanya sujud kehadrat allah t.a.l.dan yang dikiri itu tidak mahu sujud.maka datang firman tuhan sekali lagi sujudlah kamu sekalian sekali lagi.maka saf yang kanan adam itu dua bahaginya sujud dan sebahaginya tiada sujud,dan yang dikiri adam sebahaginya merendahkan kepala lalu sujud dan tiga bahaginya tiada sujud.
dan pada yang sujud keduanya itulah islam seumur hidupnya.yang sujud pertama dan tiada sujud kedua itulah islam permulaan umurnya kafir dipenghujunya.dan yang tiada sujud permulaan dan sujud diakhirnya itulah yang kafir pada permulaan umurnya dan islam akhirny.yang tiada sujud keduanya itu,itulah kafir keseluruhan umurnya.
firman allah t.a.l''ya adam segala yang dikanan itulah kaum islam yang akan menghuni surga dan segala yang dikiri itulah isi neraka.
firman allah,hai adam bahawa tiada apa padaku kebaktian mereka.dan tiada tiada apa padaku segala derhaka mereka.setelah didengar adam firman allah demikian itu,maka menangislah adam maka sembahnya
yatuhanku tiadakkah engkau jadikan mereka itu satu agama islam jua sekalianya menyembah dikau,.maka firman allah t.a.l
hai adam'dari kerana itulah ku jadikan mereka itu''barang siapa yang percaya akan tanda rasulku maka akan dikerjakan mereka itu akan amalan yang soleh,maka akan ku masukan mereka itu didalam surga.
dan barang siapa yang tiada percaya akan daku dan rasulku lagi sembahnya lain daripada ku lagi,maka bahawa sungguhnya kumasukan kedalam neraka.hai adam tidakah dahulu aku larangkan dikau jangan hampiri pohon khaldi itu dan hendaklah kau ambil akan iblis itu seteru bagi kamu kedua.maka tiada kamu kedua ikut kataku maka jadilah kamu sekarang bersama dengan dia didalam dunia ini.tiadalah aku menegah seorang takala ia berbuat derhaka kepadaku kerana telah ku larang ia dahulunya,hai adam sekarang pun ingatlah dikau jangan diperdayakan iblis akan dikau.seperti diperdayakan dikau didalam surga.kerana lagi akan diperdayakan segala anak cucumu seperti diperdayakanya dikau.
dasyatlah nabi allah adam dan siti hawa mendengar firman tuhan itu maka nabi allah adam dan situ hawa pun sujudlah kehadrat allah t.a.l dengan tangisnya berseru-seru sembahnya ya tuhanku engkau jua tuhan yang amat mengampun dosa kami dan amat mengasihi kami,maka peliharalah akan kami daripada bencana iblis laknat itu.dan jauhkanlah kami daripadanya.
setelah itu allah t.al memanggil hajaral aswad.hajaral haswad pun datanglah.lalu firman allah pergilah engkau bersetia dengan adam kebumi.dan suratkan olehmu segala janjiku dan janji adam dan anak cucunya maka hajaral haswad pun turun kedunia.maka disuratkanlah oleh segala anak cucunya yang akan isi surga.dan sipulan anak sipulan setelah sudah dan sekalian ada banyaknya.setelah sudah suratan itu,maka firman allah t.a.l masukanlah suratan itu kedalam mulutmu.maka dimasukanlah oleh malaikat kedalam mulutnya.maka firman allah t.a.l jadilah engkau batu.maka jadilah ia batu yang amat putih.dan takala hari qiamat dijadikan allah t.a.l hajar haswad itu malaikat pula dan ialah yang akan berkata-kata yang ini isi surga.dan isi neraka.
maka takala dizaman nabi allah noh a.s.l hajar haswad itu ditaruh allah t.a.l pada dewan masjid baitul makmur.dan takala dibinasakan kaum nabi allah noh diangkat allah t.a.l hajar haswad itu kelanggit dan setelah itu allah t.a.l menyuruh nabi allah noh menaruhnya dibukit jabal rahman.maka takala nabi allah ibrahim disuruhnaya membuat kaabah dengan nabi allah sulaiman maka disuruhkan allah t.a.l ambil hajar haswad itu daripada jabal rahman.maka disuruhnya lengkapkan kepenjuru dinding kaabah allah pihak kanan pintu masuk kedalamnya.sanya itulah yang dikucupi oleh sekalian orang yang naik haji dan dilekapkan matanya kepada hajar haswad itu.serta dengan tangisnya mereka itu kerana ia akan jadi saksi mereka itu pada hari qiamat.
dan bermula setiap rasul itu tahu akan yang menjadi nabi dan rasul selepasnya dan tahu akan nabi yang penyudah segala nabi dan rasul.dan tahu nabi dan rasul sebelumnya seperti nabi kita tahu akan nabi sebelumnya seramai 4313 orang dan yang didatangi oleh jibril membawa wahyu seramai 313 orang.
setelah didengar adam akan bicara malaikat hajar haswad itu,maka duka citalah adam kerana ramai dari anak cucunya masuk kedalam neraka dan sedikit yang memasuki surga.maka firman allah t.a.l hai adam pergilah kamu keserendib,disanalah tempatmu diam dengan isterimu hawa.maka berjalanlah adam menuju keserendib
setelah sampai keduanya disuatu hari maka datanglah jibril membawa tujuh keping besi yang telah dijadikan allah t.a.l akan memberi menafaat pada segala manusia.
seperti firman allah t.a.l
''kami turunkan besi kedalam bumi akan memberi menafaat akan segala manusia''ada pun tujuh keping besi yang dibawa jibril itu
1]penukul besi
2]landas besi
3]kerdi besi
4]beliyung besi
5]cangkul besi
6]sepih besi
7]pekakas besi
maka ujar nabi adam''hai jibril untuk apa besi ini dan apa yang hendak aku buat denganya,dan dengan apa hendak aku masak makananku seperti katamu itu memberi menafaat jua.
maka kata jibril''api akan dianugerahkaan allah t.a.l kepada mu.maka ketika itu jua datang firman tuhan kepada jibril,ya jibril pergi oleh mu keneraka,ambil olehmu seketul dari pada bunga api neraka itu berikan kepada adam.maka jibril pun pergilah ke neraka maka dibawanya api itu kepada adam.dan disambut adam api itu setelah terperecik ketangan adam sedikit lalu tangan adam terasa panasnya lalu dilepaskanya,maka api itu pun jatuh kebumi,lalu turun kebawah tujuh pertala bumi lalu kembali ketempatnya.lalu diambil oleh jibril sekali lagi dan diberinya kepada adam,baharu hendak diambilnya terasa panasnya lalu terlepas kembali hingga ketujuh pertala bumi,lalu kembali keneraka semula.tiadalah berhenti kepada suatu tempat pun.
dan setelah itu allah berfirman kepada jibril..ya jibril katakan kepada adam hendaklah diambil batu dengan besi dipalu keduanya atau kayu bersama kayu digoncang keduanya niscaya terhasilah api.maka dibuatlah adam seperti kata jibril itu lalu terbitlah api.kata adam yajibril api ini dapat ku jabat tapi api yang dahulu tidak dapat ku jabat.
sahut jibril''ya adam api yang dahulu itu daripada api neraka,maka ini jua adalah kesan daripada api neraka itu jua takala ia jatuh dari pada tangan tuan hamba itu lalulah ia kembali ketempatnya tiada ia singgah pada satu tempat pun jua.maka dari pada hawanya itulah meresap pada segala batu dan kayu.
setelah itu adam pun menepa besi diajarkan oleh jibril,maka ditempanyalah pegawi besi setelah nabi allah adam pandai maka jibril pun membawa seekor lembu yang diberi nama ''ainul baqarah''supaya boleh membawa air dan bekerja,kata jibril hai adam perbuatlah huma dan tanamlah pohon gandum.supaya menjadi menafaat segala yang diperintahkan.dan tanamlah pohon kapas dan buahnya itu diperbuat pakaian akan menutupi auratmu.
setelah itu diperbuatkan adam segala yang diperintahkanya itu.setelah diperoleh akan hasilnya maka dibawa adam benih gandum itu,nabi allah adam menyuruh angin menghidupkan api.nabi adam pun memasak roti.setelah masak ditaruhnya pada satu tempatmaka berkatalah bumi hai adam jika dengan titah perintah allah t.a.l pada hamba dapatlah hamba berbuat khidmat kepadamu menghantari makanan akan dikau,terlalu sekalilah kasihan hamba akan hal tuan hamba itu.
hatta maka baharulah hendak dimakan adam akan roti itu.turun jibril maka ujar jibril jangan kamu makan dahulu sebelum menantikan masuknya matahari,baru dimakan dan bawa kehadapan hawa dan makan bersama-sama.
dan adam melakukan seperti yang diperintahkan itu,setelah makan keduanya lalu disimpan sedikit oleh siti hawa roti itu.sebab itulah datang kepada segala perempuan didunia ini,tabiatnya menyimpanya separuh dan setengahnya diperbuatnya mengikut kehendaknya.
setelah lama kemudian datanglah tandahitam pada dahi adam dan lalu kepada selurruh tubuhnya,kecuali mukanya maka nabi adam pun takut dan berduka cita didalam hatinya akan penyakit itu jahat jua yang datang,adam pun bertanya kepada jibril tuan hamba apa yang hitam ditubuh hamba ini,dan hikmat apakah ini yang dijadikan allah t.a.l atas hamba ini
sahut jibril''hukum allah atass tuan hamba,jika tuan hamba ingin hilangkan hitam ini,maka berpuasalah tuan hamba sehari hingga sampai malam jagan tuan hamba makan dan minum.
maka berpuasalah nabi allah adam sehari semalam.maka datanglah paginya putihlah sesuku tubuh nabi adam.dan jibril turun kepada nabi adam katanya hari ini berpuasa agilah tuan hamba.berlakunya keadaan itu tiga hari lamanya.hinggalah sampai kehari ini segala orang yang soleh itu berpuasa ia mengikut sunah nabi allah dinamakan puasa itu yauma baiyid'.
yakni puasa putih.
maka diamlah nabi allah adam,diserendib berbuat tempat dianugerahkan allah t.a.l anak kembar dua.seorang lelaki dan seorang perempuan.takala itu dijadikan allah t.a.l perempuan beranak mudah dan jadinya terlalu mudah dan matinya lambat.dan banyaklah anak nabi allah adam sepuluh orang.dikawinkanya lelaki yang dahulu lahirnya kepada perempuan yang kemudian lahirnya.hatta maka banyaklah anak cucu nabi allah adam hingga kepada nabi allah sih a.s.l dua ribu tahun lamanya hanya lima orang yang mati.setelah wafat nabi allah adam banyaklah yang mati.