Mengenai Saya

Foto saya
Bandar Bera, Pahang, Malaysia
ataawi

Khamis, 10 Januari 2013

KISAH BERMULANYA MANUSIA MENYEMBAH BERHALA







bermula nabi allah shis pun mendapatlah anak seorang lelaki yang diberinama arpus.setelah seribu tahun lamanya nabi shis didalam kerajaanya maka wafatlah ia kembali karahmatullah.maka arpuslah yang menjadi khlifah membawa agama yang sebenar serta dengan adilnya.dan arpus pun ada seorang anaknya lelaki namanya kipan.maka ia pun membawa agama yang sebenarnya.bermula akan kipan itu ada anak lelaki bernama mahlil.



dan mahlil ini terlalu baik rupanya,dan jika ia duduk dihadapan orang banyak niscaya tiada orang yang akan memalingkan mukanya kepada yang lain kerana terlalu baik paras rupanya.dan terlalu sekali dipermuliakan orang akan dia.dan mahlil ini didalam agama yang sebenarnya dan setelah mahlil wafat anak lelakinya bernama  abarin.setelah mahlil ditanamkan orang,maka datanglah orang dipihak yang jauh untuk melihat mahlil.setelah mendengarkan kewafatan mahlil  mereka pun kembalilah dengan percintaannya.dan segala hadiah yang dibawanya  untuk mahlil itu pun dibawanya kembali.



maka datanglah iblis laknatullah kepada anak mahlil itu,katanya hai abarin anak mahlil,jika engkau hendak akan kekal kebesaran  mu dan kebesaran bapa mu datang kepada cucu mu.tiada akan hilang lagi kebesaranya lagi tiadalah putus asa sekali manusia hendak melihat rupa bapa mu itu,



kata abarin,bagai mana yang cara hendak ku turuti kata mu.



ujar iblis,perbuatlah kamu akan satu rupa yang menyerupai akan bapa mu mahlil.dan kau taruh didalam rumah kamu,dan berilah ia pakai baju dan tengkolok dan kain,supaya datang segala orang tiada mereka berputus asa.dan kamu beroleh hadiah.



maka abarin pun membuat patung seperti yang diajarkan iblis kepadanya.dan setelah beberapa lamanya maka satu hari datang iblis kepada anak cucu mahlil,katanya  bahawa aku memberi waris kepada kamu sekalian rupa mahlil inilah yang sepatutnya disembah oleh kamu sekalian



takala datang segala orang jauh maka orang dinegeri itu bahawa raja menyembah rupa inilah.dan kami pun menyembah seperti sembahan raja negeri ini.dan lama kelamaan mashurlah didalam dunia penyembahan berhala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan