maka nabi adam pun berdirilah dan dipakaikanya pakaian kemenangan.maka bertambahlah kebaajikan adam tiada bercampur dosa serta kemenangan.maka sempurnalah kejadian adam maka dipakaikanya pakaian didalam surga serba perhiasan.maka ditanggung diatas lahir malaikat maka terbitlah cahaya dari pada muka adam datang kebawah aras arrahman.maka diarak pada segala malaikat tawaf berkeliling langit supaya adam melihat segala yang ajaib-ajaib yang indah-indah supaya bertambah yakin adam akan kebesaran tuhanya,adapun lamanya kira-kira seratus tahun.maka dianugerahkan allah t.a.l kepada adam seekor kuda dari pada kasturi yang harum baunya nama kuda itu maimun dan kedua sayapnya dari pada mutiara dan marjan.
maka dinaikan jibril akan adam keatas kuda itu,maka dipegang nabi adam kuda itu maka jibril dihadapan,mikail dikanan,israfil dikiri,dan izrail dibelakang.maka tawaflah nabi adam pada tujuh lapis langit maka adam pun memberi salam kepada sekalian malaikat yang banyak disahut salam adam itu.maka firman allah t.a.l hai adam inilah haluan segala mukmin dari pada segala anak cucu mu datang kepada hari qiamat.
takala,sudahlah nabi adam diarak pada langit.maka diarak malaikat pula turun kebumi dengan perhiasanya
.maka firman allah t.a.l, kepada sekalian para malaikat ertinya''sembahlah oleh kamu akan adam atas sekali sujud kepadanya itu sujud tahyat[penghormatan] namanya bukanya sujud kebaktian.sujud kebaktian itu tiada harus hanya kepada allah jua.tiada harus kepada yang lain.maka sujudlah segala malaikat itu melainkan iblis jua tiada sujud.
firman allah t.a.l.''hai iblis siapa yang menegah engkau sujud pada yang ku jadikan dengan tanganku'',maka kata iblis''ya tuhanku aku terlebih baik dari padanya bahawa aku dijadikan dari pada cahaya api,dan kau jadikan adam itu dari pada tanah yang kelam,tiada harus cahaya menyembah kelam.
firman allah t.a.l hai iblis keluarlah engkau dari malaikatku dan engkaulah yang dilontar malaikatku akan laknat ku atas mu.hingga datang hari qiamat yakni hari akhirat.hai iblis keluarlah engkau dibawah langitku dan dari atas bumiku,dan keluarlah engkau dari rupa malaikat ku,masuklah engkau pada rupa iblis dan engkau maka azazil pun jadilah rupa iblis.dan matanya dikepala itu perut terbondol maka barang siapa yang melihat dia.itulah iblis yang dimurkai allah t.a.l yang membantahi firman tuhan yang maha tinggi dan menurutkan takburnya.firman allah t.a.l iqrarlah engkau akan dirimu hai iblis,iblis pun iqrarlah akan dirinya,dan mendatang sembah katanya
maka sembah iblis kerana adamlah maka aku kau murkai,dan nikmatmu kau ambil dari pada hambamu,tetapi dari pada hari ini datang kepada hari qiamat minta janji aku kehadratmu ya tuhanku perkenankanlah permintaan hambamu,maka berani hambamu berdatang sembah kehadratmu ya tuhanku.
firman allah t.a.l telahku perkenankan permintaan mu itu berdatang sembahlah engkau hai iblis.sembah iblis
ertinya''demi kemuliaan mu dan demi ketinggian mu,demi bahawa engkau jua yang maha mulia dan maha tinggi, bahawa akan segala anak cucu adam ini ku pohonkan kehadratmu,hambalah menyatakan dunia dan hambalah yang mengupahi dari pada jalan makmur ku bawai kepada jalan yang sesat supaya diikutnya barang kata hamba supaya ia bersama dengan daku masuk neraka bahawa melainkan hambamu yang dipilihan itu jua yang tiada tertawan olehku,kerana mereka itu menjunjung firman mu serta dengan ilmunya yang engkau anugerahkan kepadanya.
firman allah''hai iblis telah ku perkenankan permintaan mu itu.selama engkau datang kepada hari qiamat.maka setelah itu iblis pun berdendamlah kepada adam dan anak cucunya mencari jalan akan perrsesatkan adam dan anak cucunya itulah yang dimasqulkanya hingga hari qiamat.
firman allah t.a.l
ertinya''aku jua yang terlebih tahu akan sembahmu,bahawa neraka itu ku penuhi sebab engkau segala yang menuruti katamu,dan mengerjakan segala pekerjaan mu.
firman allah t.a.l pada segala malaikat''bawalah adam kelangit,mengadap tuhan yang maha mulia lagi amat besar.bahawa sekalian isi langit itu memujinya,setelah adam dirajakan maka diarak kedalaam surga firdaus,maka dilihat adam didalam surga itu tiada seorang pun,yang serupa dengan dia maka adam pun bebaring diatas lambungnya yang kanan,maka tertidurlah adam,allah t.a.l tahu akan adam yang berduka cita itu,oleh kerana ia kanak-kanak lagi seorang didalam surga itu,maka dijadikan allah t.a.l akan ummahatul insan[yakni ibu segala insan] iaitu siti hawa dari lambung kiri adam.maka takala jadinya siti hawa adam pun dengan kodrat allah t.a.l terjagalah dan apa bila matanya terbuka dilihatnya ada seorang perempuan disisinya.
ada pun akan siti hawa itu dianugerahkan allah t.a.l terlalu indah rupanya,dan amat baik paras rupanya,gilang gemilang cahayanya maka adam pun hendak menjabat siti hawa maka datang firman tuhan''hai adam jangan engkau jabat akan dia dahulu sebelum aku kawinkan engkau dengan dia,maka sembah adam bahawa sekalian itu dari pada anugerah mu jua dan hamba menjunjung barang titah mu,maka firman allah t.a.l hai para malaikat ku.bawa oleh kamu akan bekas berisi emas dan perak dan mutiara dan intan dan manikam yang indah-indah itu kehadapan adam dan siti hawa.bahawa aku hendak mengawinkan adam dan siti hawa maka datang satu suara dari tuhan yang bunyinya''
yakni segala puji-pujian bagi allah t.a.l yang amat besar kebesaranya bahawa segala mereka itu telah percayalah ia akan daku dan segala puji-pujian bagi kekasihku dan pensuruhku telah naik saksilah segala malaikat ku dan segala isi langitku dan segala malaikat yang menanggung arasku,bahawasanya telah ku kahwinkanlah hambaku adam dengan hawa diatas langgit ku dengan kudratku,bahawa adam a.s mengucap tasbih akan daku dan membesarkan ku dan memuji akan daku,dan iaitu dengan kemuliaan ayat kursi dan naik saksilah aku bahawasanya tiada tuhan yang menjadikan segala sesuatu hanya aku jua tuhan yang amat kuasa bahawasanya adam khalifah ku,dan hawa itu isterinya dan berkekalanlah ia pada mengasihi dia,dan sekalian mereka itu berbuat ibadat akan daku dan telah membawa iman mereka itu akan muhammad kekasihku dan rasulku yang ku besarkan atas segala sesuatu.
setelah itu adam memuji tuhan,maka turunlah malaikat melihat kurnian tuhan kepada adam.maka datang firman hai adam jabatlah oleh mu tangan hawa itu,dan iaitulah surga kediaman kamu kedua dengan segala nikmatnya,dan duduklah engkau dengan hawa didalam surga itu makanlah olehmu segala nikmat surga itu ku anugerahi pada mu s.w.t
bermula ada pohon kayu suatu itu khaldi namanya jangan kamu hampir kepadanya.dan jikalau engkau hampir kepada pohon kayu itu niscaya adalah kamu kedua meaniaya diri kamu.bahawa surga itu tiada seperti dunia sebagai lapar dan dahaga.maka adam pun tetaplah didalam surga.
firman allah t.a.l''hai adam diamlah engkau didalam surga ini,tetapi engkau ingat akan bencana iblis itu seteru mu yang mungkar,dan jangan engkau hampir pohon kayu itu,jika engkau hampir kepadanya adalah engkau menganiaya dirimu,dan hendaklah engkau ingat akan iblis itu,ambil olehmu ia akan seterumu.
lihatlah adam akan pintu surga itu amat teguh,maka pada hati adam terpelihara aku dari pada bencana iblis itu,dan ia berseteru dengan aku apa salahku kepadanya.lagi pun ia jauh dimana aku kerana ia didalam dunia dan aku didalam surga.maka adam pun ingatlah akan dirinya tidak menghampiri pohon kayu itu.
iblis pun sentiasalah mencari jalan untuk memperdayakan adam,maka iblis pun berjalanlah dari pada ketujuh tingkat bumi dan lalu ketujuh tingkat langgit.maka tak kala sampailah ia kepintu surga maka duduklah ia diluar pintu surga serta dengan duka citanya yang amat sangat serta menantikan pintu surga itu terbuka.supaya dapat ia membuat sesuatu bencana.maka denga takdir allah datang seekor burung merak didalam surga itu,maka maka ia mengintai maka dilihatnya ada seorang tua duduk diluar surga itu serta dengan tangisnya,maka bertanya merak itu ''siapa engkau ini''maka sahut iblis aku ini malaikat diantara malaikat yang banyak.dan aku sangat hendak bertemu dengan dikau''maka kata merak mengapa engkau duduk disini''
maka kata iblis''marilah engkau berdiri dipintu surga ini,supaya ku ajar engkau satu do'a.dan do'a ini tiga khasiatnya dianugerahkan allah t.a.l kepada barang siapa yang mengamalkanya,pertama muda selamanya,kedua tiada mati selamanya ketiga tiada ia keluar didalam surga ini selamanya''
kata merak tiada dapat aku membuka pintu surga ini kerana ia dikunci malaikat selama adam ada didalam surga ini,kata iblis bicarakanlah juga olehmu untuk membuka pintu surga ini,
merak pun bertemu dengan ular,dan berbicaralah ia.hai ular lihatlah oleh mu qarib itu,tiba-tiba menangis diluar pintu surga itu,maka ular pun menjenguk diluar surga itu,takala iblis melihatnya berkatalah iblis kepada ular itu''hai ular pelajarilah olehmu akan doa ini supaya engkau terpelihara oleh kejahatan.serta membawa janji aku kepadamu bawalah aku masuk kedalam surga itu.
maka kata ular tiada aku dapat membuka pintu surga ini,kerana ia dikunci oleh malaikat selama adam ada didalam surga ini.maka kata iblis aku tidak menjijakan kaki ku melainkan dipintu surga inilah,tetapi bukalah olehmu mulutmu supaya dapat aku masuk kemulutmu itu''
maka pada hati ular mana mungkin dapat masuk kemulutku.maka ular itu pun mengagakan mulutnya,hatta maka iblis pun melompatlah kedalam mulut ular itu.maka jadilah barang yang dikehendaki iblis itu atas ular.maka ular pun menghala kan kepalanya kedalam surga itu.maka kata iblis hai ular bawalah aku kepada pohon kayu khaldi itu.setelah sampai maka iblis pun keluarlah dari dalam mulut ular itu.duduklah iblis dengan tangisnya terlalu sangat duka citanya.maka terkejutlah segala anak bidadari didalam surga itu kerana didalam surga tiada pernah mendengar tangisan.maka datanglah sekalian bidadari kesisi iblis,maka takala itu siti hawa segala anak bidadari berada dibawah pohon kayu itu.
maka siti hawa pun bertanya''hai orang tua,siapa engkau dan dari mana datang mu.dan apa engkau tangiskan itu.maka iblis pun berkata hai orang muda bahawa aku ini dari kalangan malaikat,dan yang aku tangiskan itu engkaulah kerana engkau lagi akan dikeluarkan allah t.a.l dari pada surga ini,jika engkau hendak kekal didalamnya makanlah olehmu buah kayu ini,niscaya tiada lagi engkau keluar dari surga ini selamanya.aku yang menunjukan buah kayu itu makanlah oleh mu buahnya sesungguhhnya jika engkau makan akan dia.niscaya kekalah engkau didalam surga ini.
maka kata siti hawa aku dilarang allah t.a.l memakan buah kayu ini,bagai mana pula engkau menyuruh aku memakan buah kayu itu.
maka kata iblis''itulah hikmat tuhan untuk mengeluarkan mu didalam surga ini,dan untuk mentuakan mu,dan kejilah rupamu jika engkau makan buah kayu itu,tiadalah engkau merasai kejahatan lagi serta iblis pun bersumpahlah atas nama allah dan nama allah yang maha besar.
dengan takdir allah maka dalam hati siti hawa bahawasanya orang tua ini bersumpah atas nama allah yang maha besar sebab kerana hendak menunjukan akan jalan kebajikan akan kami''
maka siti hawa pun mengambilnya tiga biji.sebiji dimakanya dan dibawanya kepada adam.maka bertanyalah adam buah apa ini.kata siti hawa inilah buah yang dilarang tuhan,tuan hamba makanlah sudah hamba makan sebiji.
maka kata adam,apa rasanya kata hawa terlalu baik cita rasanya,kata adam tiada aku mahu memakanya kerana aku telah bersetia dengan tuhanku untuk tidak memakanya.tiadalah aku mahu melangar perintah tuhanku.
maka siti hawa pun memberi akan adam khamar,setelah itu terlupalah adam akan janji tuhanya dan makanlah adam akan buah itu,setelah dimakanya tertanggalah segala pakaian surganya dan adam pun menjadi kerdil.berlarilah adam pada segala pelusuk surga seperti orang gila kerana malu kepada tuhan seperti katanya.
tuhanku bahawa aku menganiaya diriku sendiri dan alpa akan firman mu.ya tuhanku ampunilah kiranya akan dosa kami,dan peliharalah kami dari malu ini bahawa kami dari orang yang derhaka kebawah hadrat mu ya tuhanku.
dan firman allah kepada jibril''hai jibril keluarkan lah adam.siti hawa dan merak dan ular dan iblis itu didalam surga ini,buangkan kedunia..maka adalah takala adam dikeluarkan itu maka berdirilah adam berserta tangisnya oleh kerana bercerai dengan surga itu.serta ia mengambil kayu surga sepangkal akan tongkatnya,dan kayu itulah akan dia seribu ma'jizat maka berjalanlah mereka itu,dan adam dahulu,siti hawa dibelakangnya,dan merak,dan ular,dan iblis laknatullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan