Mengenai Saya

Foto saya
Bandar Bera, Pahang, Malaysia
ataawi

Ciri-ciri wanita bahagia…







Isteri yang baik yang menurut terminilogi al-quran,pertama sekali adalah wanita yg mengisakan allah t.a.l dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w.
Wanita-wanita yang hanya melafazkan iman dan pengakuannya tetapi tidak menunjukan cirri-ciri yg dituntut islam dlm tindak tanduknya serta aklaknya tidak termasuk criteria isteri muslimah sejati..
Seperti firman allah..

Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
(tahrim ayat 5)

Apa yg jelas firman tersebut menyatakan cirri-ciri wanita muslimah adalah
1-Yang patuh                  4-Yang bertaubat
2-Yang beriman               5-Yang mengerjakan ibadat
3-Yang taat                      6-Yang berpuasa
Yang perawan atau yang janda..Asalkan ia pertama sekali menuruti agama..

Walau pun dgn jelas Aisyah dan Hafsah sedikit sebanyak menunjukan perasaan bermegah berdasarkan factor keturunan serta posisi ayah mereka disisi Rasullah s.a.w inilah yg membuatkan mereka berpakat dlm pakatan tersebut.Memang diakui keturunan mereka mulia berbanding dgn Mariah al-qitbiyah yang hanya seorg hamba sedangkan Aisyah puteri Abu Bakar as-siddik dan Hafsah puteri Umar aal-khattab
Atau mungkinkah factor kecantikan yang menyebabkan mereka mencemburui Zainab..yang memang selalu disebut-sebut mempunyai wajah-wajah yg jelita berbanding isteri-isteri Rasullah s.a.w yg lain.
Namun didalam islam factor keturunan dan factor kecantikan bukanlah ukuran kemuliaan seseorang..Dan untuk itu wanita-wanita muslimah seharusnya sedar perkara ini dan menyedari bagaimana sifat-sifat wnita mukminah sejati………….

Jika kita fahamkan maksud firman tersebut ia bermaksud seorang wanita muslimah sejati adalah wanita yg patuh,beriman,Bertaubat,berpuasa.soal janda atau perawan atau soal kecantikan dan keturunan bukanlah ukuran.Yang menjadi ukuran adalah soal sejauh mana seseorang mampu memelihara diri dan keluarganya..

Dengan kata lain tugas dan tanggungjawab seorang ibu jauh lbh besar daripada hanya sekadar melahirkan anak-anak dan membesarkanya.Mendidik mereka kejalan yg direthoi allah adalah tugas dan kewajipan ibu yg paling utama.. Namun begitu bukanlah bermakna kewajipan mendidik anak-anak terletak dibahu seorang ibu semata-mata siayah juga turut bertanggung jawab atas diri anak-anak kerana suamilah ketua dan pemimpin keluarga.maka kelak ianya akan dihisaab dan dipertanggung jawabkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan