pada suatu hari datanglah anak nabi allah adam,katany ya nabi allah berilah akan kami satu perbuatan akan perbelajaan kami dan perniagaan kami.maka kata adam pada segala anaknya sabarlah dahulu lagi akan ku pohon do'a kepada allah.
nabi allah adam pun ber'doa kepada allah,sembahnya''ya tuhanku engkau jua yang amat mengampuni akan hal segala hambamu,kehendak mereka didunia pana' ini dari pada negeri akhirat jika engkau anugerah harta dan belanja dan perniagaan akan mereka niscaya teruruslah mereka itu akan dunia mereka,dan jika tiada engkau anugerahkan mereka sebagailah ia minta belanja dan dengan supaya berniaga,inilah bagi hambamu memohonkan kurniamu.
dan jibril pun turun bertemu nabi adam,ujarnya ya adam,tuhan perkenankan permohonan mu.inilah emas segemgam.perak segemgam.anugerah allah t.a.l kepada segala anak cucumu.
maka sahut nabi allah adam,ya jibril bagai mana dengan emas dan perak segemmgam ini,sedangkan anak cucuku itu sangat banyak.kata jibril ya adam bahawa firman tuhanmu jangan engkau sangka demikian itu,bahawa tuhan seru sekalian alam amat bekuasa tuan hamba hantarkan emas dan perak itu pada sebuah bukit.niscaya dianugerahkan tuhanmu datang kepada hari qiamat tiada akan habis,bahawa allah tuhan yang amat kuasa memperbanyakannya.
maka nabi allah adam pun menghantarnya kepaa bukit hatta beberapa hari datanglah anak nabi allah adam mengadap maka uajar mereka itu,hai bapa kami bagai mana belanja dan perniagaan kami
sahut nabi allah adam ambil olehmu pada bukit itu emas dan perak dianugerahkan allah t.a.l akan kamu sekalian.hatta maka pergilah mereka itu mengambil emas dan perak dibukit itu.maka barang siapa beruntung beroleh banyak dan setengah beroleh sedikit masing-masing atas usahanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan