KISAH jejadian nabi ALLAH ADAM
bahawa firman allah t.a.l hendak menjadikan raja didalam bumi.maka sahut segala malaikat,;ya tuhanku adapun raja yang engkau jadikan itu,kerjanya akan membinasakan isi bumi mu jua,akan kami ini sentiasa mengucap tasbih,tahmid dan tahlil kehaderatmu jua;.maka firman allah t.a.l sesungguhnya aku maha tahu dari apa yang kamu tidak ketahui,
tetapi iblis tahu akan lahir seorang nabi yang bernama muhammad mustafa akan turun kebumi dari pada adam.hanya iblis itu ingin membantah krn terasa dirinya terlebih mulia dari adam.
firman allah t.a.l kepada jibril''hai jibril turunlah engkau kebumi,ambil segengang tanah aku hendak menjadikan lembaga adam,maka turunlah jibril kebumi,baru hendak digengang bumi itu pun gementar dari pada melihat tangan jibril,maka dengan kudrat allah t.a.l bumi itu pun berkata''demi allah tuhan yang maha tinggi hai jibril jangan engkau gengang takut aku dijadikan khalifah dibumi.kerana aku takut berbuat derhaka kepada tuhan seru sekalian alam.dan sanggat takut aku akan seksa neraka''
hatta,maka jibril pun kembali kehadrat allah s,w,t maka sembahnya''ya tuhanku,engkau jua tuhan yang maha tahu,pada segala pekerjaan hambamu ,bahawa bumi itu tidak mahu hamba mengambilnya tetapi jika sekali lagi engkau titahkan niscaya hambamu ambil kebawah hadratmu maka allah t.a.l brfirman kepada mikail
''hai mikail pergilah engkau kebumi dan ambil olehmu segengang''dan pergilah mikail kebumi dan baru saja hendak diambilnya bumi itu maka ia disumpahi oleh bumi seperti ia menyumpahi jibril.maka kembalilah mikail kehadrat tuhan katanya''ya tuhanku yarabal alamin bahawa engkau jua tuhan yang maha tahu dari pada pekerjaan hambamu.hambamu disumpahi bumi itu,tetapi jika sekali lagi engkau titahkan niscaya hamba akan mengambilnya.
maka allah t.a.l berfirman kepada israfil''hai israfil pergilah engkau kebumi ambil olehmu segengang akan daku''maka pergilah israfil kebumi baru hendak digengangnya maka disumpahinya oleh bumi seperti ia menyumpah jibril dan mikail,maka mikail pun kembali kehadrat tuhan sembahnya,''ya rabul alamin maka hambamu disumpahi oleh bumi itu.maka hak subhanahu wa t.a.l berfirman kepada izrail..''hai izrail pergi engkau kebumi dan ambil segengang bumi itu bahawa ku suruh jibril dan mikail dan israfil tiada terambil olehnya bumi itu.
hatta..maka izrail pun pergilah turun kebumi baru hendak diambilnya tanah itu,maka tanah itu pun menyumpahi izrail seperti disumpahnya yang dahulu itu.maka kata izrail ''hai bumi bahawa engkau menyumpahiku ini telah ku ketahui.tetapi bukan dengan kehendaku hanya sesungguhnya aku dengan firman tuhan seru sekalian alam jua.maka izrail pun meminjakan tanganya hingga sampai pada segala muka bumi,dari misra' sampai ke miqra',,maka digengamnya tanah itu sampai kepada tujuh pertala bumi,tempat itulah jadinya laut qalzam.maka dibawalah izrail tanah itu kehadrat allah t.a.l. maka sembahya,
''yarabi,ya saidi,ya ilahil alamin,bahawa engkaulah jua tuhan yang amat mengetahui bahawa hambamu disumpahi oleh bumi ini, inilah ya tuhanku,
maka firman allah t.a.l bahawa sumpah bumi itu kepadamu telah aku tolakanlah. hai izrail bahawa aku hendak menjadikan adam,maka bahawasanya segala mereka itu dan segala anak cucunya pada izraillah terserah ku suruh mengambil segala nyawa mereka itu sekalianya.
maka sembah izrail''ya tuhanku,jika demikian berseterulah mereka itu sekalianya dengan hamba mu''.maka firman allh t.a.l ''hai izrail bahawa aku ini amat berkuasa pada berbuat barang sekehendaku jika aku nitahkan seorang hambaku pada mengerjakan sesuatu pekerjaan ku dimanakan dapat engkau dibawanya berseteru.seseorang ku matikan dengan sebab demam,atau sebab sakit kuat atau sebab lemas didalam air.atau sebab dimakan binatang atau sebab berkelahi atau terbakar atau sebab jatuh ditimpa kayu,adalah nama sekalianya disebab tiadalah nama mu yang disebut.
firman allah t.a.l hai izrail campurkanlah tanah itu,maka dihantarnya diatas bumi,firman allah t.a.l hai malaikat, ambil olehmu air empat perkara.cucurkanlah air tawar,air masin,air hanyir,air yang pahit.bermula air tawar itu jadi air liyur,air yang masin itu jadi air mata,air yang hanyir itu jadi air hidung,air yang pahit itu jadilah ia tahi telingga.
kata
[ibnu abas radiallah hu anha]bahawa allah t.a.l menjadikan adam itu daripada tujuh pertala bumi.pertama kepalanya dari tanah hindi dan tulangnya dari pada tanah bukit kaf,dan zakarnya dari pada tanah babil dan belakangnya dari pada tanah arafah,dan hatinya dari pada tanah surga firdaus,dan lidahnya dari pada tanah taif,
kedua,,matanya dari pada tanah hawad kerana akan kepalanya itu dari pada tanah baitul mukadis itu akan tempat budi.mukanya dari pada tanah surga itu akan tempat perhiasan.dan kedua matanya dari pada tanah hawad akan pemandangan dan kakinya dari pada tanah hindi akan tempat berjalan dan zakar dari pada tanah babil itu akan tempat shawat dan tulangnya dari pada tanah jabal kaf itu akan tempat kuatnya.dan lidahnya dari tanah taif akan tempat berkata-katanya.maka dijadikan allah t.a.l itu akan tubuh anak adam itu sembilan pintu yaitu
pada kepalanya,,kedua liang hidung,kedua telinga,kedua matanya,mulut,kemaluanya,danduburnya.dan dipasangkanya lima panca indera,penglihatan pada matanya,pendengar pada telinganya,dan pencium pada hidungnya,perasa pada mulut.dan penjawat pada tanganya.
maka terhantarlah lembaga adam pada bumi.maka sembah segala malaikat''ya tuhanku hikmat apakah ini''firman allah t.a.l''bahawa aku hendak menjadikan raja didalam bumi ini sebagai gantiku,''maka sembah segala malaikat''siapakah kau jadikan kepada raja itu ialah yang berbuat pasik didalam bumi ini,menumpahkan darah sesama sendirinya bermula akan kami sentiasa mengucap tasbih memuji dikau dengan takdis kami bagimu.
likaulihi t.a.l''aku jua yang tahu pada barang yang tiada kamu ketahui''bermula telah beberapa lamanya lalulah iblis dengan tenteranya,bahawa ketika itu iblis raja didalam bumi ini maka dilihatnya lembaga adam.maka kata iblis pada segala malaikat.inilah khalifah yang akan dijadikan allah t.a.l diatas bumi maka sahut malaikat,bahkan ialah akan dijadika raja didalam bumi ini.maka kata iblis laknat tullah jikalau rupa ini aku disuruh untuk membinasakan dia dengan mudahnya juga aku binasakan,dan jikalau aku dititahkan allah menyembah dia, atau turut katanya niscaya tidaklah aku menyembah dia dan menurut katanya.pun serta diludahnya ditengah-tengah lembaga adam itu.maka disapu oleh malaikat yang menanggung lembaga itu.maka jadilah pusat adam.
setelah itu,jadilah lambung dada anak adam tetapi nyawa yang suci itu masih lagi berada didalam kendil tergantung dibawah aras allah mengucap tasbih memuji allah jua kerjanya.maka dengan hikmat tuhan seru sekalian alam bahawa alam kendil itu putuslah maka gugur setitik dari kendil itu,kebawah tujuh lapis langit lalu sampai kepada lembaga itu maka nyawa itulah cahaya muhammad s.a.w.
maka rahsia itu pun dicampurkan dengan tanah lembaga itu dimesrakan diambil sedikit,maka firman allah t.a.l. kepada jibril bawalah tanah yang bercampur dengan roh itu kedalam syurga maka dicampurkan dengan kasturi,ambar,zafran dan kapur dan khalambak,maka oleh jibril dicampurkannya sekalian itu maka firman allah t.a.l.bawalah tanah yang cahaya kenakan pada dahi lembaga itu.maka dikerjakan jibril akan perintah tuhan itu.maka firman allah t.a.l kepada jibril,mikail,israfil dan izrail pada seorang-seorang kamu dengan tujuh ribu malaikat serta kamu maka bawalah oleh kamu tabak yang berisi nyawa adam itu.hatta maka nyawa itu dibawa malaikat sekalian itu kepada lembaga badan adam itu maka nyawa itu dihantarkan dikepala adam maka firman allah kepada nyawa itu masukan engkau kedalam jasad ini.bahawa badan inilah tempat mu diam maka tujuh kali dikeliling akan nyawa itu kepada lembaga adam itu,maka segala malaikat menantikan nyawa itu masuk maka sembah nyawa''ya tuhanku bahawa aku ini roh yang amat latif dengan cahaya engkau.maka bertapa aku masuk pada rumah yang kelam ini.
firman allah t.a.l''masuk pun digagahi dan tak kala keluar mu pun digagahi jua''maka nyawa itu pun masuk melalui hidung kira-kira dua ratus tahun lamanya setelah itu nyawa itu masuk keotak adam,maka terbukalah mata adam maka nyawa itu datang pada rongkongnya adam dan turun kepada dada adam dan lalu kepusat adam maka dihantarnya tangan adam kebumi hendak duduk tiada dapat.maka kata segala malaikat perangai ini amat gopoh,lagi setengah badanya tanah maka hendak duduk,
firman allah t.a.l''menjadikan manusia itu perangainya amat gopoh''.maka sampailah nyawa itu segala tubuh adam.dan lengkaplah nyawa itu pada segala tubuh adam,maka jadilah daging dan darah maka hiduplah adam a.l.s,,hatta maka tebersinlah adam,maka diilhamkan adam didengarnya adam firmanya''hai adam ucaplah olehmu allhamdulilah hi rabil alamin''
maka di ucapkan adam datang balas dianugerahkan oleh allah''ya har kallah ya addam''maksudnya dikasihi allah keatas mu wahai adam.
inilah anugerah mu wahai adam atas pujian mu itu.maka dijadikan allah asap dari pada roh adam.maka disuruh jibril akan asap itu,kerana asap itu ada hikmat didalamnya dan akan dijadikan seorang rasul dari asap itu ialah bernama isa a.l.s. hatta maka ditaruh jibril dengan sempurnanya dipeliharakanya datang kepada isa jadi nabi..
masyaAllah..bisa minta pdf nya tulisan latin nya kisah nabi nabi Melayu?🙏🏻🙏🏻🙏🏻
BalasPadammasyaAllah..boleh minta pdf nya tulisan latin kitab nabi nabi Melayu??🙏🏻🙏🏻🙏🏻
BalasPadam