Mengenai Saya

Foto saya
Bandar Bera, Pahang, Malaysia
ataawi

Khamis, 10 Januari 2013

KISAH HABIL DAN QABIL.






 KISAH HABIL DAN QABIL

firman allah t.a.l iaitu''bacakan olehmu ya muhammad hikayat dua orang anak adam takala dikabulkan allah t.a.l kurban habil dan tidak dikabulkan korban qabil''maka ada seorang saudara habil perempuan bernama a'rfah dan saudara qabil bernama a'klama,maka hendak dikahwinkan nabi allah adam habil dengan a'klama,dan qabil dengan a'rfah,maka tidak suka qabil ddengan a'rfah itu kerana rupa dan saudaranya yang sama jadi dengan dia itu,baik rupanya maka kata qabil kepada bapanya

aku tidak mahu akan saudara habil a'rfah itu kerana tiada baik rupanya,aku mahu saudaraku ak'lama itu jua' maka sahut nabi allah adam,tiada diharuskan oleh allah t.a.l kahwin sedemikian itu.mengambil  a'klama itu akan jadi isterimu.

ujar qabil,saja engkau kasih akan habil jua,maka engkau ambil saudaraku itu hendak kau beri akan habil kerana saudaraku itu baik paras rupanya.dan saudara habil itu tiada baik paras rupanya hendak kau beri kepadaku.baik sahaja ku balas juga akan habil.
hatta,maka dikahwinkan juga nabi adam habil dengan a'klama setelah sudah dikahwinkan maka pada suatu hari berkatalah qabil''hai habil berilah talak akan ak'lama itu maka kembalikan kepada aku.supaya aku ambil ia akan isteriku.maka sahut habil''ada pun yang mendudukan aku dengan saudaramu itu bapaku yang mana,katanya itulah yang aku turuti,tiada aku menyalahi dia''

dan,perbalahan itu didengar nabi allah adam,maka kata nabi allah adam''kedua kamu saudara bersaudaralah takala hendak kusembelih lembu akan mengawini ak'lama dengan habil maka lembu itu tidak mahu datang akan sekarang apa bicara kamu kedua.takala didengar qabil kata bapanya demikian itu makin sanggatlah dilawannya akan habil itu.maka diantara beberapa hari lamanya maka berkatalah qabil kepada habil seperti firman allah t.a.l

takala qabil berkata kepada habil katanya''hai habil jika engkau tiada kembalikan saudara aku itu,niscaya akan daku bunuh jua akan dikau,dengan tanganku.dan ku ambil a'klama itu akan isteriku.maka sahut habil baiklah jika engkau hendak membunuh aku pun tiadalah aku memanjangkan tangan ku kepada membunuh dikau,bahawasanya aku takut akan tuhan seru sekalian alam dimasukannya aku didalam neraka.jadi bersama-samalah kita masuk keneraka.maka ujar qabil engkau itu kubunuh juga barulah puas hatiku.dan berbalahan keduanya itu didengar oleh nabi allah adam,maka dipanggil nabi alllah adam keduanya,kata nabi allah adam hai qabil jangan engkau membantah dahulu kerana ada dijadikan allah t.a.l hukumakan kita,maka pergilah kamu kedua keatas bukit membawa kurban.maka barang siapa yang dditerima allah kurbanya maka dialah yang benar,dan barang siapa yang tidak diterima kurbanya dialah yang salah.

hatta setelah itu maka qabil pun mengajaklah habil membawa kurban,katanya wahai habil marilah kita membawa kurban seperti yang dikatakan bapa kita itu.ujar habil baiklah
maka esok hari bawalah keduanya itu seekor kambing.maka pergilah keduanya dan disembelihnya keduanya diatas tanah tinggi.maka kata habil''ya tuhanku engkau jua tuhan yang maha tahu lagi amat berkuasa  atas segala sesuatu,ya tuhanku barang kiranya kau perkenankan kurbanku dari pada kurban qabil bahawasanya,hambamu melalui titahmu dan titah khalifahmu adam.

maka qabil pun meminta do'a demikian bunyinya''ya tuhankuengkau jua tuhan yang amat kuasa barang kiranya engkau perkenankan akan kurbanku,daripada kurban habil kerana saudaraku akan diambilnya untuk dijadikan isterinya,tiada dengan syak hatiku.

setelah selesai keduanya berdo'a dengan kudrat allah t.a.l maka turunlah api dari langgit,dan menenun kurban habil,tiada menenun kurban qabil.

maka berkatalah habil,maka telah dikabulkan allah t.a.l akan kurban orang yang takut kepada dia.maka qabil pun masamlah mukanya lalu kembali dengan rasa malu.dan habil pun kembali kepada bapanya.maka kata nabi adam,maka qabil itu tiada baik hatinya akan habil ini.jikalau ia orang benar niscaya datang ia kepadaku berbaik ia akan saudaranya habil.maka berkatalah setengah dari anak nabi allah adam,jika demikian mari kita bunuh akan qabil ini kerana dendamnya akan habil ini,keran habil ini hendak dibunuhnya.berkatalah adam''berlindung aku kepada allah,sebagai mana kita pembunuh orang yang tiada membunuh seorang jua pun.

maka diamlah mereka.dalam beberapa hari maka habil pun berjalanlah seorang diri mencari untanya yang hilang.setelah waktu tengah hari,panasnya sangat dirasi oleh habil.habil pun bernaung dibawah sepohon pokok yang besar ditengah padang itu lalu ia tertidur.

bermula qabil pun berjalan mencari habil kerana tiadadilihatnya dirumahnya,lalu qabil pun pergi kepadang itu mencari habil.maka dilihatnya habil tidur tiadasedarkan diri.maka berbicaralah ia didalam hatinya,jika aku hendak membunuh habil habil ini.nagai manakah caranya.tiadalah terbicara olehku untuk membunuhnya.maka qabil puun hendak berlalu.

dengan takdir allah iblispun datang menyerupai orang tua,maka datang ia kepada qabil dan ada pada tanganya seekor ular yang telah mati maka ujar qabil''dari mana engkau datang,dan apa gunanya ular mati itu.maka sahut iblis bahawa ular ini amat kasih aku kepadanya,dan aku terjatuh dan dia mematuk tanan ku,maka aku palu ia dengan batu pada kepalanya maka matilah ia.akan sekarang saudaramu habil itu pun apa gunanya baiklah kau bunuh jika ia hidup akan memberi sakit hatimu jua.jika setelah engkau bunuh boleh kau ambil isterinya kerana isterinya itu adalah saudaramu.dan saudara itu harus diperisterikan.

setelah qabil mendengar iblis berkata sedemikian itu,maka ia pun membunuh habil seperti yang diajarkan iblis kepadanya.diambilnya seketul batu maka dipalukanya pada kepala habil maka keluarlah otaknya.dan habil pun syahidlah.setelah dilihatnya habil telah mati,dan darahnya mengalir kebumi maka qabil pun berasa takut,serta bereru katanya

''hai kiranya kemana hendak ku bawa mayat saudara ku ini,dan dimana akan ku taruhkan dia ini.maka diangkatnya mayat habil kebahunya.dan di bawanya berjalan dengan ketakutan,berkeliling negeri maka sampailah ia dimesik.dan berhentilah ia disana

maka dititahkan allah t.a.l dua ekor gagak berkelahi keduanya itu.dan mati salah seekornya.dan yang hidup itu dipatuknya gagak yang mati itu dibawanya kebumi,lalu ditimbuskanya.setelah qabil melihatnya maka kata qabil''hai kiranya lemahlah aku seperti kelakuan gagak itu.dan qabil pun menanamkan mayat habil,setelah ditanam mayat habil ia pun hendak pergi mengambil isteri habil,

maka firman allh t.a.l hai bumi telanlah qabil itu hingga kebetisnya.dan bumi pun menelan qabil hinga kebetisnya.berkatalah qabil ya tuhanku janganlah kiranya kau suruh bumi menelan akan daku.

firman allah t.a.l dengan lidah malaikat azab hai qabil derhakalah engkau kepada tuhan mu,sekarang kau bunuh habil dengan tiada hak itulah sebabnya ditelan bumi akan engkau.

berkatalah qabil''ya tuhanku iblis itu tiada ia menurut firman mu,tiada engkau suruh bumi menelanya''maka firman allah hai laknat atas kepalamu,iblis itu tiada ia mengambil nyawa seseorang.kata qabil ya tuhan ku bapaku melanggar firman mu memakan buah khaldi dan kau turunkan ia kebumi,tiada pula ia kau suruh bumi menelanya.firman allah t.a.l hai  laknat atasmu bawa bapamu tiada ia putuskan kasihnya kepada ku,dan aku tiada putuskan kasih ku kepadanya sedangkan engkau memutuskan kasihmu kepadaku dan aku tiada kasih kepada mu,hai bumi telan olehmu akan qabil hingga kedadanya.

sembah qabil''ya tuhanku senya dengan kemuliaan mu,yang tersurat dibawah aras mu lailahaillah muhammad rasullahjanganlah kau suruh bumi menelanku.

maka firman allah t.a.l  hai bumi qabil menyebutkan nama muhammad kekasihku,maka buangkan olehmu akan dia ketengah padang itu.

hatta maka datang seorang malaikat menunggang kuda,dan ditanganya satu cemeti,firman allah t.a.l hai malaikat palu olehmu qabil itu,akan dia azab yang amat sangat.hingga terhantar ia seksa yang amat sangat ditengah padang itu antara hidup dengan mati.

dan diceritakan oleh ahli tafsir antara tiga hari lamanya,maka adam pun bertanya kepada anaknya kemana perginya habil.lalu dicari mereka itu akan habil dan tiadalah berjumpa oleh mereka itu semua.

maka adam pun menangis akan anaknya habil itu,maka turunlah jibril kepada nabi adam.maka adam pun bertanya kepada jibril.hai jibril kemana perginya habil,telah dicari saudaranya tiada bertemu akan dia.

ujar jibril ya nabi allah,bahawa habil itu telah matilah ai dibunuh qabil,
maka nabi adam pun menangis mendengar kata jibril itu.ujar nabi adam ya jibril dimana dibuangnya mayat anakku habil itu.maka sahut jibril dibenua demesik.lalu disyaratkan jibril akan kubur habil

nabi allah adam dan siti hawa pun berjalanlah menuju kebenua demesik.dan bertemulah keduanya dengan kubur anaknya habil,lalu ia menangis dan melaknat qabil.

maka duduklah nabi allah adam dan siti hawa menjaga kubur habil itu dua ratus tahun lamanya.dengan mencintai anaknya habil,sehari-hari menyapu kubur anaknya habil serta denan air matanya,dan anaknya pun sentiasalah membawa makanan untuk nabi allh adam dan siti hawa.

dan berkatalah nabi allah adam hai anak-anakku tak usahlah engkau bersusah payah mencari makan untuk ku.kata mereka itu hai bapa kami apalah hal mu duduk didalam percintaanmu ini,marilah kita kembali kebenua serendik,jika engkau tungu kubur habil ini tidaklah ia hidup kembali.

kata nabi adam,hai segala anaku bahawa aku duduk disini sedikit jua kerana memelihara akan kubur saudaramu habil.terbanyak aku takut akan allah t.a.l bahawa aku harap dapat habil akan ganti aku.maka sekarang ia sudah mati.

maka berkatalah seorang diantara anak nabi adam,hai bapa kami marilah kita pulang kebenua serendik,dan benarkanla saudara kami memelihara kubur habil,dan jika takutkan allh t.a.l disini pun sama jua dengan disana,dan lagi tuhan yang maha kuasa telah mengampuni dosa bapa.

nabi adam pun mengharap dengan tangisnya dan diserunya kepada allah t.a.l katanya.hai segala anakku ketahuilah,oleh kamu sekalian pada masa aku berada disurga sangat dipermuliakaan tuhanku,dengan dianugerahinya dengan segala nikmat atasku,lalu aku melanggari akan titahnya memakan buah khaldi,lalu dibuangnya aku dibawah pertala langit,hingga jatuh kebumi.jikalau kiranya aku berbuat derhaka pula kepada tuhanku didunia ini siapa tahu dibuangnya pula kebawah bumi ini kemanakah tempatku yang terlebih jahat daripada ini.darikerana itulah  maka sangat takut aku kepada tuhanku.

setelah didengar anaknya kata-kata nabi adam itu,maka diamlah mereka semua.hatta beberapa lamanya nabi adam dibenua mersik kira-kira 200 tahun,maka pulanglah nabi adam kebenua serendik,adapun anak yang diperanakan oleh ibu kita siti hawa itu seramai 120 orang.tiada mati tiada tua cuma yang mati habil itulah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan