Mengenai Saya

Foto saya
Bandar Bera, Pahang, Malaysia
ataawi

Jumaat, 18 Januari 2013

SURAH AL KHAUSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan ber...maksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan
dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata,
seperti berair, gatal, bengkak,
sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak
10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir,
baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t.
bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,
hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya
dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,
Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi

Isnin, 14 Januari 2013

kisah kelapa tua

 Selama ini kelapa tua tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu kehidupan.
Kelapa tua juga tidak pernah menyusahkan sesiapa walaupun kebanyakan manusia tidak mempedulikan. Dia hanya tergantung sepi di julai pokok dan adakala terbuai-buai ditiup angin. Tiba-tiba datanglah sang manusia menjoloknya dengan galah panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri maka dijoloklah dengan rakus sekali.

Maka berguguranlah kelapa tua itu berpusing-pusing menyembah bumi. Gugurnya pula bukan rendah setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai lima puluh kaki. Hingga berdentum bunyinya bila mencecah tanah. Kalau calang-calang kudrat tua boleh berkecai macam gugurnya kebanyakan kelapa muda.

Tak habis riwayat kelapa tua di situ. Baru saja hendak mendemah sakit terhempas, kulit pula disiat dikupas dengan parang berkilat. Bukan pula dengan sekali tetak malah berkali-kali tetakan menusuk ke dalam kulit yang kusam kering itu. Seksanya tidak terperi dari sakit tusukan malah dikoyak dan disiat-siat pula sabut sampai tinggal tempurung kelapa.

Tetapi sikap manusia bukan mahu berpuashati setakat itu. Tempurung yang bulat cantik itu ditetak pula dengan tetakan dahsyat hingga terbelah dua tempurung kelapa serta tersembur air dan isi yang putih bersih. Bagi manusia, kalaulah sudah sampai ke tahap itu siksanya pasti selesai sudah riwayat hidup. Tetapi bagi kelapa tua, itu dikatakan baru permulaan yang belum dipastikan di mana hujungnya.

Dimanakah perasaan tulusmu duhai manusia. Sesudah air kelapa ditelan, isi kelapa yang putih bersih itu pula dipisahkan, diparut dan dikukur hingga lumat. Tempurung yang tinggal itu pula dibakar hangus. Bentuk asal kelapa tua sudah lenyap. Yang tinggal hanyalah isi yang sudah lumat dibaham rakus sang kukuran.

Untuk menambahkan lagi keparahan kelapa tua, dilemaskan pula isi parut itu ke dalam air dingin lalu diramas-ramas dan diperah-perah oleh jari jemari yang rakus. Kalau hendak dikirakan, perbuatan itu sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan sehingga air bertukar menjadi santan, menunggu pula masa untuk dipanaskan.

Setelah santan dituang ke dalam belanga, dilontarkan pula segala macam rencah dan rempahan sesuka hati manusia. Maka berpanasanlah santan itu hingga gulai masak terpecah minyak. Kini bau harumnya sudah merebak keseluruh ceruk rumah. Maka tersenyum simpul orang bertanya:

“Gulai apa tu, sedap baunya?”

Orang di rumah selamba menyahut:

“Gulai Tenggiri”.

Inikah yang dikatakan lembu punya susu sapi yang bernama? Jasa kelapa tua sudah tenggelam begitu sahaja. Perjalanan hidup yang begitu panjang terkadang menyeksakan kini tidak ada siapa ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua. Bukan untuk dipuji atau dipuja. Bukan juga untuk dikenang atau memahat nama. Tetapi biarlah kelak ada setitik hitungan amal dalam hidup ini di alam baqa yang kekal selamanya. Amiin

Khamis, 10 Januari 2013

KISAH BERMULANYA MANUSIA MENYEMBAH BERHALA







bermula nabi allah shis pun mendapatlah anak seorang lelaki yang diberinama arpus.setelah seribu tahun lamanya nabi shis didalam kerajaanya maka wafatlah ia kembali karahmatullah.maka arpuslah yang menjadi khlifah membawa agama yang sebenar serta dengan adilnya.dan arpus pun ada seorang anaknya lelaki namanya kipan.maka ia pun membawa agama yang sebenarnya.bermula akan kipan itu ada anak lelaki bernama mahlil.



dan mahlil ini terlalu baik rupanya,dan jika ia duduk dihadapan orang banyak niscaya tiada orang yang akan memalingkan mukanya kepada yang lain kerana terlalu baik paras rupanya.dan terlalu sekali dipermuliakan orang akan dia.dan mahlil ini didalam agama yang sebenarnya dan setelah mahlil wafat anak lelakinya bernama  abarin.setelah mahlil ditanamkan orang,maka datanglah orang dipihak yang jauh untuk melihat mahlil.setelah mendengarkan kewafatan mahlil  mereka pun kembalilah dengan percintaannya.dan segala hadiah yang dibawanya  untuk mahlil itu pun dibawanya kembali.



maka datanglah iblis laknatullah kepada anak mahlil itu,katanya hai abarin anak mahlil,jika engkau hendak akan kekal kebesaran  mu dan kebesaran bapa mu datang kepada cucu mu.tiada akan hilang lagi kebesaranya lagi tiadalah putus asa sekali manusia hendak melihat rupa bapa mu itu,



kata abarin,bagai mana yang cara hendak ku turuti kata mu.



ujar iblis,perbuatlah kamu akan satu rupa yang menyerupai akan bapa mu mahlil.dan kau taruh didalam rumah kamu,dan berilah ia pakai baju dan tengkolok dan kain,supaya datang segala orang tiada mereka berputus asa.dan kamu beroleh hadiah.



maka abarin pun membuat patung seperti yang diajarkan iblis kepadanya.dan setelah beberapa lamanya maka satu hari datang iblis kepada anak cucu mahlil,katanya  bahawa aku memberi waris kepada kamu sekalian rupa mahlil inilah yang sepatutnya disembah oleh kamu sekalian



takala datang segala orang jauh maka orang dinegeri itu bahawa raja menyembah rupa inilah.dan kami pun menyembah seperti sembahan raja negeri ini.dan lama kelamaan mashurlah didalam dunia penyembahan berhala.

KISAH NABi ALLAH SHIS






           
bermula dicitrakan oleh ahli tafsir,takala setelah kematian habil dianugerahkan oleh allah t.a.l,akan nabi allah adam dan siti hawa seorang anak lelaki yang bernama shis.antara beberapa tahun nabi shis pun besarlah.maka terlalu kasih nabi allah adam akan dia.dan  adalah perangai dan akalnya pun terlalau baik daripada anak cucunya yang lain,lagi sangat takut ia kepada allah t.a.l.

maka diketahui oleh nabi allah adam akan dia sebagai gantinya.dan sangatlah nabi adam kasih kepadanya.maka adam pun sakit pada suatu hari teringatlah adam akan makanan surga.maka berkata adam kepada anaknya.''hai anaku terlalu sangat ingin aku memakan buah kayu surga,serta menangis nabi allah adam dengan sangat tangisnya.minta do'alah engkau kepada allah t.a.l supaya dianugerahkan kepada ku buah-buahan surga.

maka sahut shis,hai bapaku kerana tuan hamba bapa kami sekalian,sepatutnya tuan hambalah yang meminta do'a .kata adam telah malulah aku kepada tuhan aku,kerana aku ini berdosa kepadanya.maka demikian pergilah nabi shis kebukit bermunajat kepada allah sembahnya''ya tuhanku engkau jua yang amat mengetahui akan segala sesuatu,ya tuhanku kurniakanlah kiranya akan khalifah mu adam,buah kayu didalam surga kerana  sangatlah hasrat bapaku itu hendak makan dia.

maka ketika itu juga turun jibril bersama seorang bidadari,membawa bekas dari pada emas yang merah.serta diatas bekas itu berbagai jenis buah.dan bidadari yang membawa bekas itu memakai sutra yang  nipis.terlalu sangat indah rupanya.pada jarinya sepuluh bentuk cincin yang sagat indah cahayanya.maka jibril pun berkata kepada nabi allah shis''kembalilah engkau kepada bapamu hai anak nabi,maka nabi shis pun kembalilah kepada bapanya duduklah ia disisinya.nabi adam bertanya kepada nabi shis dimana buah kayu yang kau pohon kapada allah itu.kata shis telah disuruh jibril hamba kembali kepada bapa hatta jibril pun datang dengan seorang bidadari dengan membawa bekas berisi buah,dan dihantarkanya buah itu dihadapan nabi allah adam.setelah dilihat nabi allah adam akan jibril dan bidadari itu maka menangislah ia.

maka ujar jibril ya nabi allah,itulah bidadari yang dianugerahkan allah t.a.l akan anak tuan hamba shis,kerana anak tuan hamba yang lainya ada dengan jodohnya.shis itu tiada jodohnya seorang juga lahirnya,jadi itulah isterinya yang hendak dikawinkan allah t.a.l engan dia.maka nabi allah adam pun memakan buah kayu itu bersama anaknya shis.kerana itu dianuerahkan allah t.a.l akan shis itu ilmu lagi pendita,

setelah dimakan ujar jibril hamba tinggalkan bidadari ini kepada anak tuan hamba shis,maka nabi adam pun memandang kepada anaknya shis itu.katanya adakah kau pegang ia didunia ini atau kau petaruhkan ia kepada allah tuhan seru sekalian alam.maka sahut nabi allah shis ya nabi allah hamba taruhkan ia disisi tuhan seru sekalian alam kerana negeri dunia ini tiada akan kekal adanya,baiklah hamba bertemu ia dinegeri akhirat.setelah demikian kata shis jibril pun kembalilah besama bidadari itu naik kelanggit.

setelah beberapa tahun lamanya nabi allah adam pun sakit dan berhimpunlah segala anak cucunya berbicara maka nabi allah shislah sebagai gantinya sebagai khalifah dibumi.dan selang beberapa hari siti hawa pun sakit dan kembalilah ia mengadap kehadrat tuhan.setelah beberapa hari turunlah jibril kepada nabi allah adam maka ujarnya ya khalifah allah bahawa akan ganti tuan hamba dengan firman tuhan mu adalah anak tuan hamba shis sebagai khalifah.bahawa hampirlah tuan hamba mengadap kahadrat allah t.a.l.

setelah itu jibril pun naiklah kelangit dan setelah beberapa hari nabi adam pun sakitlah tak lama kemudian nabi adam pun wafatlah.berpindahlah nabi adam kedunia akhirat,dan ditanamkan nabi allah shis disisi kubur ibunya siti hawa.

dan nabi shislah yang menjadi khaliah kepada anak cucunya.dan dianugerahkan dia sepuluh suhup yang bergulung-gulung.maka dengan hukum kitab itulah dihukumkanya akan segala manusia.

kata ahli tafsir usia nabi allah adam itu 1000 tahun telah wafatlah ia.da nabi allah shislah gantinya.

Perniagaan bermula dizaman nabi Allah Adam







pada suatu hari datanglah anak nabi allah adam,katany ya nabi allah berilah akan kami satu perbuatan akan perbelajaan kami dan perniagaan kami.maka kata adam pada segala anaknya sabarlah dahulu lagi akan ku pohon do'a kepada allah.

nabi allah adam pun ber'doa kepada allah,sembahnya''ya tuhanku engkau jua yang amat mengampuni akan hal segala hambamu,kehendak mereka didunia pana' ini dari pada negeri akhirat jika engkau anugerah harta dan belanja dan perniagaan akan mereka niscaya teruruslah mereka itu akan dunia mereka,dan jika tiada engkau anugerahkan mereka sebagailah ia minta belanja dan dengan supaya berniaga,inilah bagi hambamu memohonkan kurniamu.

dan jibril pun turun bertemu nabi adam,ujarnya ya adam,tuhan perkenankan permohonan mu.inilah emas segemgam.perak segemgam.anugerah allah t.a.l kepada segala anak cucumu.

maka sahut nabi allah adam,ya jibril bagai mana dengan emas dan perak segemmgam ini,sedangkan anak cucuku itu sangat banyak.kata jibril ya adam bahawa firman tuhanmu jangan engkau sangka demikian itu,bahawa tuhan seru sekalian alam amat bekuasa tuan hamba hantarkan emas dan perak itu pada sebuah bukit.niscaya dianugerahkan tuhanmu datang kepada hari qiamat tiada akan habis,bahawa allah tuhan yang amat kuasa memperbanyakannya.

maka nabi allah adam pun menghantarnya kepaa bukit hatta beberapa hari datanglah anak nabi allah adam mengadap maka uajar mereka itu,hai bapa kami bagai mana belanja dan perniagaan kami

sahut nabi allah adam ambil olehmu pada bukit itu emas dan perak dianugerahkan allah t.a.l akan kamu sekalian.hatta maka pergilah mereka itu mengambil emas dan perak dibukit itu.maka barang siapa beruntung beroleh banyak dan setengah beroleh sedikit masing-masing atas usahanya...

KISAH HABIL DAN QABIL.






 KISAH HABIL DAN QABIL

firman allah t.a.l iaitu''bacakan olehmu ya muhammad hikayat dua orang anak adam takala dikabulkan allah t.a.l kurban habil dan tidak dikabulkan korban qabil''maka ada seorang saudara habil perempuan bernama a'rfah dan saudara qabil bernama a'klama,maka hendak dikahwinkan nabi allah adam habil dengan a'klama,dan qabil dengan a'rfah,maka tidak suka qabil ddengan a'rfah itu kerana rupa dan saudaranya yang sama jadi dengan dia itu,baik rupanya maka kata qabil kepada bapanya

aku tidak mahu akan saudara habil a'rfah itu kerana tiada baik rupanya,aku mahu saudaraku ak'lama itu jua' maka sahut nabi allah adam,tiada diharuskan oleh allah t.a.l kahwin sedemikian itu.mengambil  a'klama itu akan jadi isterimu.

ujar qabil,saja engkau kasih akan habil jua,maka engkau ambil saudaraku itu hendak kau beri akan habil kerana saudaraku itu baik paras rupanya.dan saudara habil itu tiada baik paras rupanya hendak kau beri kepadaku.baik sahaja ku balas juga akan habil.
hatta,maka dikahwinkan juga nabi adam habil dengan a'klama setelah sudah dikahwinkan maka pada suatu hari berkatalah qabil''hai habil berilah talak akan ak'lama itu maka kembalikan kepada aku.supaya aku ambil ia akan isteriku.maka sahut habil''ada pun yang mendudukan aku dengan saudaramu itu bapaku yang mana,katanya itulah yang aku turuti,tiada aku menyalahi dia''

dan,perbalahan itu didengar nabi allah adam,maka kata nabi allah adam''kedua kamu saudara bersaudaralah takala hendak kusembelih lembu akan mengawini ak'lama dengan habil maka lembu itu tidak mahu datang akan sekarang apa bicara kamu kedua.takala didengar qabil kata bapanya demikian itu makin sanggatlah dilawannya akan habil itu.maka diantara beberapa hari lamanya maka berkatalah qabil kepada habil seperti firman allah t.a.l

takala qabil berkata kepada habil katanya''hai habil jika engkau tiada kembalikan saudara aku itu,niscaya akan daku bunuh jua akan dikau,dengan tanganku.dan ku ambil a'klama itu akan isteriku.maka sahut habil baiklah jika engkau hendak membunuh aku pun tiadalah aku memanjangkan tangan ku kepada membunuh dikau,bahawasanya aku takut akan tuhan seru sekalian alam dimasukannya aku didalam neraka.jadi bersama-samalah kita masuk keneraka.maka ujar qabil engkau itu kubunuh juga barulah puas hatiku.dan berbalahan keduanya itu didengar oleh nabi allah adam,maka dipanggil nabi alllah adam keduanya,kata nabi allah adam hai qabil jangan engkau membantah dahulu kerana ada dijadikan allah t.a.l hukumakan kita,maka pergilah kamu kedua keatas bukit membawa kurban.maka barang siapa yang dditerima allah kurbanya maka dialah yang benar,dan barang siapa yang tidak diterima kurbanya dialah yang salah.

hatta setelah itu maka qabil pun mengajaklah habil membawa kurban,katanya wahai habil marilah kita membawa kurban seperti yang dikatakan bapa kita itu.ujar habil baiklah
maka esok hari bawalah keduanya itu seekor kambing.maka pergilah keduanya dan disembelihnya keduanya diatas tanah tinggi.maka kata habil''ya tuhanku engkau jua tuhan yang maha tahu lagi amat berkuasa  atas segala sesuatu,ya tuhanku barang kiranya kau perkenankan kurbanku dari pada kurban qabil bahawasanya,hambamu melalui titahmu dan titah khalifahmu adam.

maka qabil pun meminta do'a demikian bunyinya''ya tuhankuengkau jua tuhan yang amat kuasa barang kiranya engkau perkenankan akan kurbanku,daripada kurban habil kerana saudaraku akan diambilnya untuk dijadikan isterinya,tiada dengan syak hatiku.

setelah selesai keduanya berdo'a dengan kudrat allah t.a.l maka turunlah api dari langgit,dan menenun kurban habil,tiada menenun kurban qabil.

maka berkatalah habil,maka telah dikabulkan allah t.a.l akan kurban orang yang takut kepada dia.maka qabil pun masamlah mukanya lalu kembali dengan rasa malu.dan habil pun kembali kepada bapanya.maka kata nabi adam,maka qabil itu tiada baik hatinya akan habil ini.jikalau ia orang benar niscaya datang ia kepadaku berbaik ia akan saudaranya habil.maka berkatalah setengah dari anak nabi allah adam,jika demikian mari kita bunuh akan qabil ini kerana dendamnya akan habil ini,keran habil ini hendak dibunuhnya.berkatalah adam''berlindung aku kepada allah,sebagai mana kita pembunuh orang yang tiada membunuh seorang jua pun.

maka diamlah mereka.dalam beberapa hari maka habil pun berjalanlah seorang diri mencari untanya yang hilang.setelah waktu tengah hari,panasnya sangat dirasi oleh habil.habil pun bernaung dibawah sepohon pokok yang besar ditengah padang itu lalu ia tertidur.

bermula qabil pun berjalan mencari habil kerana tiadadilihatnya dirumahnya,lalu qabil pun pergi kepadang itu mencari habil.maka dilihatnya habil tidur tiadasedarkan diri.maka berbicaralah ia didalam hatinya,jika aku hendak membunuh habil habil ini.nagai manakah caranya.tiadalah terbicara olehku untuk membunuhnya.maka qabil puun hendak berlalu.

dengan takdir allah iblispun datang menyerupai orang tua,maka datang ia kepada qabil dan ada pada tanganya seekor ular yang telah mati maka ujar qabil''dari mana engkau datang,dan apa gunanya ular mati itu.maka sahut iblis bahawa ular ini amat kasih aku kepadanya,dan aku terjatuh dan dia mematuk tanan ku,maka aku palu ia dengan batu pada kepalanya maka matilah ia.akan sekarang saudaramu habil itu pun apa gunanya baiklah kau bunuh jika ia hidup akan memberi sakit hatimu jua.jika setelah engkau bunuh boleh kau ambil isterinya kerana isterinya itu adalah saudaramu.dan saudara itu harus diperisterikan.

setelah qabil mendengar iblis berkata sedemikian itu,maka ia pun membunuh habil seperti yang diajarkan iblis kepadanya.diambilnya seketul batu maka dipalukanya pada kepala habil maka keluarlah otaknya.dan habil pun syahidlah.setelah dilihatnya habil telah mati,dan darahnya mengalir kebumi maka qabil pun berasa takut,serta bereru katanya

''hai kiranya kemana hendak ku bawa mayat saudara ku ini,dan dimana akan ku taruhkan dia ini.maka diangkatnya mayat habil kebahunya.dan di bawanya berjalan dengan ketakutan,berkeliling negeri maka sampailah ia dimesik.dan berhentilah ia disana

maka dititahkan allah t.a.l dua ekor gagak berkelahi keduanya itu.dan mati salah seekornya.dan yang hidup itu dipatuknya gagak yang mati itu dibawanya kebumi,lalu ditimbuskanya.setelah qabil melihatnya maka kata qabil''hai kiranya lemahlah aku seperti kelakuan gagak itu.dan qabil pun menanamkan mayat habil,setelah ditanam mayat habil ia pun hendak pergi mengambil isteri habil,

maka firman allh t.a.l hai bumi telanlah qabil itu hingga kebetisnya.dan bumi pun menelan qabil hinga kebetisnya.berkatalah qabil ya tuhanku janganlah kiranya kau suruh bumi menelan akan daku.

firman allah t.a.l dengan lidah malaikat azab hai qabil derhakalah engkau kepada tuhan mu,sekarang kau bunuh habil dengan tiada hak itulah sebabnya ditelan bumi akan engkau.

berkatalah qabil''ya tuhanku iblis itu tiada ia menurut firman mu,tiada engkau suruh bumi menelanya''maka firman allah hai laknat atas kepalamu,iblis itu tiada ia mengambil nyawa seseorang.kata qabil ya tuhan ku bapaku melanggar firman mu memakan buah khaldi dan kau turunkan ia kebumi,tiada pula ia kau suruh bumi menelanya.firman allah t.a.l hai  laknat atasmu bawa bapamu tiada ia putuskan kasihnya kepada ku,dan aku tiada putuskan kasih ku kepadanya sedangkan engkau memutuskan kasihmu kepadaku dan aku tiada kasih kepada mu,hai bumi telan olehmu akan qabil hingga kedadanya.

sembah qabil''ya tuhanku senya dengan kemuliaan mu,yang tersurat dibawah aras mu lailahaillah muhammad rasullahjanganlah kau suruh bumi menelanku.

maka firman allah t.a.l  hai bumi qabil menyebutkan nama muhammad kekasihku,maka buangkan olehmu akan dia ketengah padang itu.

hatta maka datang seorang malaikat menunggang kuda,dan ditanganya satu cemeti,firman allah t.a.l hai malaikat palu olehmu qabil itu,akan dia azab yang amat sangat.hingga terhantar ia seksa yang amat sangat ditengah padang itu antara hidup dengan mati.

dan diceritakan oleh ahli tafsir antara tiga hari lamanya,maka adam pun bertanya kepada anaknya kemana perginya habil.lalu dicari mereka itu akan habil dan tiadalah berjumpa oleh mereka itu semua.

maka adam pun menangis akan anaknya habil itu,maka turunlah jibril kepada nabi adam.maka adam pun bertanya kepada jibril.hai jibril kemana perginya habil,telah dicari saudaranya tiada bertemu akan dia.

ujar jibril ya nabi allah,bahawa habil itu telah matilah ai dibunuh qabil,
maka nabi adam pun menangis mendengar kata jibril itu.ujar nabi adam ya jibril dimana dibuangnya mayat anakku habil itu.maka sahut jibril dibenua demesik.lalu disyaratkan jibril akan kubur habil

nabi allah adam dan siti hawa pun berjalanlah menuju kebenua demesik.dan bertemulah keduanya dengan kubur anaknya habil,lalu ia menangis dan melaknat qabil.

maka duduklah nabi allah adam dan siti hawa menjaga kubur habil itu dua ratus tahun lamanya.dengan mencintai anaknya habil,sehari-hari menyapu kubur anaknya habil serta denan air matanya,dan anaknya pun sentiasalah membawa makanan untuk nabi allh adam dan siti hawa.

dan berkatalah nabi allah adam hai anak-anakku tak usahlah engkau bersusah payah mencari makan untuk ku.kata mereka itu hai bapa kami apalah hal mu duduk didalam percintaanmu ini,marilah kita kembali kebenua serendik,jika engkau tungu kubur habil ini tidaklah ia hidup kembali.

kata nabi adam,hai segala anaku bahawa aku duduk disini sedikit jua kerana memelihara akan kubur saudaramu habil.terbanyak aku takut akan allah t.a.l bahawa aku harap dapat habil akan ganti aku.maka sekarang ia sudah mati.

maka berkatalah seorang diantara anak nabi adam,hai bapa kami marilah kita pulang kebenua serendik,dan benarkanla saudara kami memelihara kubur habil,dan jika takutkan allh t.a.l disini pun sama jua dengan disana,dan lagi tuhan yang maha kuasa telah mengampuni dosa bapa.

nabi adam pun mengharap dengan tangisnya dan diserunya kepada allah t.a.l katanya.hai segala anakku ketahuilah,oleh kamu sekalian pada masa aku berada disurga sangat dipermuliakaan tuhanku,dengan dianugerahinya dengan segala nikmat atasku,lalu aku melanggari akan titahnya memakan buah khaldi,lalu dibuangnya aku dibawah pertala langit,hingga jatuh kebumi.jikalau kiranya aku berbuat derhaka pula kepada tuhanku didunia ini siapa tahu dibuangnya pula kebawah bumi ini kemanakah tempatku yang terlebih jahat daripada ini.darikerana itulah  maka sangat takut aku kepada tuhanku.

setelah didengar anaknya kata-kata nabi adam itu,maka diamlah mereka semua.hatta beberapa lamanya nabi adam dibenua mersik kira-kira 200 tahun,maka pulanglah nabi adam kebenua serendik,adapun anak yang diperanakan oleh ibu kita siti hawa itu seramai 120 orang.tiada mati tiada tua cuma yang mati habil itulah..

Rabu, 9 Januari 2013

KISAH ADAM DIBUMI







Kisah adam dibumi

dan adam jatuh keserendib siti hawa jatuh kejedah,merak jatuh keindustan ular jatuh kesafhan,iblis jatuh kemeterandalran.hatta maka adam pun menangis terlalu sangat tangisnya dan percintaanya dua ratus tahun ada mengatakan tiga ratus tahun lamanya menangis.maka dari pada banyak tangisnya sehingga menjadi sungai maka jadi pada tebingnya sungai itu kharam dan delima dan karnapal.

bermula siti hawa pun menangis maka dari pada air matanya itu jadi celak,hinai dan barang yang mengalir kelaut jadi mutiara itulah jadi perhiasan pada segala anak perempuan.

maka pada suatu hari datang jibril kepada nabi allah adam,kata jibril hai nabi allah adam,naik haji engkau dahulu sebelum datang mati''
dan nabi allah adam mendengar nama mati itu gementar segala tulang sendinya.

maka kata nabi allah adam,kemana jalanku ya jibril maka ujar jibril ka'abahtullah t.a.l

maka berjalanlah nabi allah adam menuju ka'abahtullah.maka barang dimana ia berhenti maka jadilah bumi itu makmur,dan menjadi negeri besar berkat kemuliaan nabi allah adam safiyullah.

apabila sampai nabi allah adam,maka kata segala malaikat ya nabi allah tawaflah pada baitul makmur ini,diceritakan pada ahli tafsir takala dunia sebelum taufan nabi allah noh baitul makmur itu berada pada tempat ka'abah,takala dunia karam maka baitul makmur itu diangkat oleh allah keudara.bahawa baitul makmur itu sebuah khaimah dari manikam yang hijau,dari pada emas seratus sak dan pintunya dari pada manikam yang merah.ada pun kemuliaan baitul makmur itu barang yang hingap pada ihramnya niscaya diharamkanlah menyembelih dia.maka datanglah adam kebukit a'rafah dan lalu kejabal rahman.maka nabi allah adam pun duduk maka dilihatnya kepadang itu dilihatnya ada seorang perempuan datang maka dikenal adam akan perempuan itu siti hawa.lalu dibawa adam siti hawa kesisinya.maka keduanya menangis berseru-seru kerana takutkan allah t.a.l bertambah pula meninggalkan surga.

makin sangatlah percintaan keduanya maka segala malaikat dilangit pun beserta adam lalu dibukakan allah t.a.l akan hijab dan sampailah penglihatan adam lalu kebawah aras allah t.a.l

maka dilihatnya adam segala tiang aras itu tersurat kalimah lailahaillah muhammad rasullah.

maka sembah adam''ya tuhanku demi kemuliaan nama yang tertulis pada tiang aras mu itu taubatlah hambamu kepadamu dan terimalah taubat hamba mu kepada mu itu''

hatta maka jibril pun turun membawa firman tuhan,katanya hai adam telah diperkenankan allah t.a.l akan taubat tuan hamba,jika engkau didalam surga itu meminta safaat dengan yang empunya nama itu niscaya tiadalah dikeluarkan dari dalam surga itu.

ada pun diceritakan,takala nabi allah musa munajat dibukit tur sinar,maka sembah musa ya tuhanku adakah surga itu berpagar,dan bertunggu.
maka firman allah bahkan ada berpintu dan ada yang mengawalinya.
maka sembah musa ya tuhanku jika sedemikian betapa iblis dapat masuk kedalamnya.
firman allah t.a.l iblis itu masuk kedalam mulut ular,dan sembah musa betapakah adam menurut kata iblis itu.
maka firman allah t.a.l hai musa jangan engkau tanya dari pada kehendaku dan hikmat ku itu.

maka masuklah adam kebaitullah naik haji.maka firman allah t.a.l kepada jibril hai jibril bawalah adam kesungai.dan sapukanlah tanah pada sungai niqmal itu kebelakang adam supaya jadi anak cucunya dari pada berkat tanah itu,maka jibril pun menyapu tanah itu kebelakang adam.

kata adam hai jibril hikmat apakah ini,kata jibril itulah anak cucumu yang akan dijadikan allah t.a.l. hatta adam pun melihatlah segala arwah anak cucunya penuh diudara kerana sangat banyaknya,maka kata jibril itulah segala anak cucunmu,maka kata adam jika demikian itu banyaknya anak cucu hamba dimanakah luasnya dunia ini.kata jibril hikmat tuhanmu yang amat kuasa pada menjadikanya hai adam,adalah setengah dijadikanya,dan setengah lagi didalam rahim ibunya,dan setengahnya pada salbu bapanya dan barang yang dahulu itu dimatikanya.

kata adam anak cucuku ini berbagai lakunya,ku lihat setengah islam,setengah kafir,setengah mukmin,setengah asi,dan setengah suka cita dan setengah berduka cita.miskin dan kaya.

firman allah t.a.l hai adam lihatlah cucu mu yang kaya itu tiada ia memadaikan anugerahku.dan yang miskin itu tidak ia sabar dan syukur akan daku.maka firman allah t.a.l menyuruh akan arwah anak cucu adam itu bersaf beratur dari misrak ke miqrab,maka dengan hikmat allah t.a.l yang dikanan adam itu mukmin dan segala yang dikiri adam itu munafik,dan zindi,dan asi,dan segala dihadapan adam itulah nabi-nabi.wali-wali dan segala dibelakang adam itulah kafir dan musrik.

firman allah t.a.l kepada arwah cucu adam;-bukankah aku tuhanmu,maka disahut oleh arwah semua itu.''bahkan,engkau tuhan kami''..firman allah t.a.l sujudlah kamu kepada tuhan yang menjadikan kamu.maka saf yang dari kanan itu semuanya sujud kehadrat allah t.a.l.dan yang dikiri itu tidak mahu sujud.maka datang firman tuhan sekali lagi sujudlah kamu sekalian sekali lagi.maka saf yang kanan adam itu dua bahaginya sujud dan sebahaginya tiada sujud,dan yang dikiri adam sebahaginya merendahkan kepala lalu sujud dan tiga bahaginya tiada  sujud.

dan pada yang sujud keduanya itulah islam seumur hidupnya.yang sujud pertama dan tiada sujud kedua itulah islam permulaan umurnya kafir dipenghujunya.dan yang tiada sujud permulaan dan sujud diakhirnya itulah yang kafir pada permulaan umurnya dan islam akhirny.yang tiada sujud keduanya itu,itulah kafir keseluruhan umurnya.

firman allah t.a.l''ya adam segala yang dikanan itulah kaum islam yang akan menghuni surga dan segala yang dikiri itulah isi neraka.
firman allah,hai adam bahawa tiada apa padaku kebaktian mereka.dan tiada tiada apa padaku segala derhaka mereka.setelah didengar adam firman allah demikian itu,maka menangislah adam maka sembahnya
yatuhanku tiadakkah engkau jadikan mereka itu satu agama islam jua sekalianya menyembah dikau,.maka firman allah t.a.l
hai adam'dari kerana itulah ku jadikan mereka itu''barang siapa yang percaya akan tanda rasulku maka akan dikerjakan mereka itu akan amalan yang soleh,maka akan ku masukan mereka itu didalam surga.
dan barang siapa yang tiada percaya akan daku dan rasulku lagi sembahnya lain daripada ku lagi,maka bahawa sungguhnya kumasukan kedalam neraka.hai adam tidakah dahulu aku larangkan dikau jangan hampiri pohon khaldi itu dan hendaklah kau ambil akan iblis itu seteru bagi kamu kedua.maka tiada kamu kedua ikut kataku maka jadilah kamu sekarang bersama dengan dia didalam dunia ini.tiadalah aku menegah seorang takala ia berbuat derhaka kepadaku kerana telah ku larang ia dahulunya,hai adam sekarang pun ingatlah dikau jangan diperdayakan iblis akan dikau.seperti diperdayakan dikau didalam surga.kerana lagi akan diperdayakan segala anak cucumu seperti diperdayakanya dikau.

dasyatlah nabi allah adam dan siti hawa mendengar firman tuhan itu maka nabi allah adam dan situ hawa pun sujudlah kehadrat allah t.a.l dengan tangisnya berseru-seru sembahnya ya tuhanku engkau jua tuhan yang amat mengampun dosa kami dan amat mengasihi kami,maka peliharalah akan kami daripada bencana iblis laknat itu.dan jauhkanlah kami daripadanya.

setelah itu allah t.al memanggil hajaral aswad.hajaral haswad pun datanglah.lalu firman allah pergilah engkau bersetia dengan adam kebumi.dan suratkan olehmu segala janjiku dan janji adam dan anak cucunya maka hajaral haswad pun turun kedunia.maka disuratkanlah oleh segala anak cucunya yang akan isi surga.dan sipulan anak sipulan setelah sudah dan sekalian ada banyaknya.setelah sudah suratan itu,maka firman allah t.a.l masukanlah suratan itu kedalam mulutmu.maka dimasukanlah oleh malaikat kedalam mulutnya.maka firman allah t.a.l jadilah engkau batu.maka jadilah ia batu yang amat putih.dan takala hari qiamat dijadikan allah t.a.l hajar haswad itu malaikat pula dan ialah yang akan berkata-kata yang ini isi surga.dan isi neraka.

maka takala dizaman nabi allah noh a.s.l hajar haswad itu ditaruh allah t.a.l pada dewan masjid baitul makmur.dan takala dibinasakan kaum nabi allah noh diangkat allah t.a.l hajar haswad itu kelanggit dan setelah itu allah t.a.l menyuruh nabi allah noh menaruhnya dibukit jabal rahman.maka takala nabi allah ibrahim disuruhnaya membuat kaabah dengan nabi allah sulaiman maka disuruhkan allah t.a.l ambil hajar haswad itu daripada jabal rahman.maka disuruhnya lengkapkan kepenjuru dinding kaabah allah  pihak kanan pintu masuk kedalamnya.sanya itulah yang dikucupi oleh sekalian orang yang naik haji dan dilekapkan matanya kepada hajar haswad itu.serta dengan tangisnya mereka itu kerana ia akan jadi saksi mereka itu pada hari qiamat.

dan bermula setiap rasul itu tahu akan yang menjadi nabi dan rasul selepasnya dan tahu akan nabi yang penyudah  segala nabi dan rasul.dan tahu nabi dan rasul sebelumnya seperti nabi kita tahu akan nabi sebelumnya seramai 4313 orang dan yang didatangi oleh jibril membawa wahyu seramai 313 orang.

setelah didengar adam akan bicara malaikat hajar haswad itu,maka duka citalah adam kerana ramai dari anak cucunya masuk kedalam neraka dan sedikit yang memasuki surga.maka firman allah t.a.l hai adam pergilah kamu keserendib,disanalah tempatmu diam dengan isterimu hawa.maka berjalanlah adam menuju keserendib

setelah sampai keduanya disuatu hari maka datanglah jibril membawa tujuh keping besi yang telah dijadikan allah t.a.l akan memberi menafaat pada segala manusia.
seperti firman allah t.a.l
''kami turunkan besi kedalam bumi akan memberi menafaat akan segala manusia''ada pun tujuh keping besi yang dibawa jibril itu

1]penukul besi
2]landas besi
3]kerdi besi
4]beliyung besi
5]cangkul besi
6]sepih besi
7]pekakas besi

maka ujar nabi adam''hai jibril untuk apa besi ini dan apa yang hendak aku buat denganya,dan dengan apa hendak aku masak makananku seperti katamu itu memberi menafaat jua.

maka kata jibril''api akan dianugerahkaan allah t.a.l kepada mu.maka ketika itu jua datang firman tuhan kepada jibril,ya jibril pergi oleh mu keneraka,ambil olehmu seketul dari pada bunga api neraka itu berikan kepada adam.maka jibril pun pergilah ke neraka maka dibawanya api itu kepada adam.dan disambut adam api itu setelah terperecik ketangan adam sedikit lalu tangan adam terasa panasnya lalu dilepaskanya,maka api itu pun jatuh kebumi,lalu  turun kebawah tujuh pertala bumi lalu kembali ketempatnya.lalu diambil oleh jibril sekali lagi dan diberinya kepada adam,baharu hendak diambilnya terasa panasnya lalu terlepas kembali hingga ketujuh pertala bumi,lalu kembali keneraka semula.tiadalah berhenti kepada suatu tempat pun.

dan setelah itu allah berfirman kepada jibril..ya jibril katakan kepada adam hendaklah diambil batu dengan besi dipalu keduanya atau kayu bersama kayu digoncang keduanya niscaya terhasilah api.maka dibuatlah adam seperti kata jibril itu lalu terbitlah api.kata adam yajibril api ini dapat ku jabat tapi api yang dahulu tidak dapat ku jabat.

sahut jibril''ya adam api yang dahulu itu daripada api neraka,maka ini jua adalah kesan daripada api neraka itu jua takala ia jatuh dari pada tangan tuan hamba itu lalulah ia kembali ketempatnya tiada ia singgah pada satu tempat pun jua.maka dari pada hawanya itulah meresap pada segala batu dan kayu.

setelah itu adam pun menepa besi diajarkan oleh jibril,maka ditempanyalah pegawi besi setelah nabi allah adam pandai maka jibril pun membawa seekor lembu yang diberi nama ''ainul baqarah''supaya boleh membawa air dan bekerja,kata jibril hai adam perbuatlah huma dan tanamlah pohon gandum.supaya menjadi menafaat segala yang diperintahkan.dan tanamlah pohon kapas dan buahnya itu diperbuat pakaian akan menutupi auratmu.

setelah itu diperbuatkan adam segala yang diperintahkanya itu.setelah diperoleh akan hasilnya maka dibawa adam benih gandum itu,nabi allah adam menyuruh angin menghidupkan api.nabi adam pun memasak roti.setelah masak ditaruhnya pada satu tempatmaka berkatalah bumi hai adam jika dengan titah perintah allah t.a.l pada hamba dapatlah hamba berbuat khidmat kepadamu menghantari makanan akan dikau,terlalu sekalilah kasihan hamba akan hal tuan hamba itu.

hatta maka baharulah hendak dimakan adam akan roti itu.turun jibril maka ujar jibril jangan kamu makan dahulu sebelum menantikan masuknya matahari,baru dimakan dan bawa kehadapan hawa dan makan bersama-sama.

dan adam melakukan seperti yang diperintahkan itu,setelah makan keduanya lalu disimpan sedikit oleh siti hawa roti itu.sebab itulah datang kepada segala perempuan didunia ini,tabiatnya menyimpanya separuh dan setengahnya diperbuatnya mengikut kehendaknya.

setelah lama kemudian datanglah tandahitam pada dahi adam dan lalu kepada selurruh tubuhnya,kecuali mukanya maka nabi adam pun takut dan berduka cita didalam hatinya akan penyakit itu jahat jua yang datang,adam pun bertanya kepada jibril tuan hamba apa yang hitam ditubuh hamba ini,dan hikmat apakah ini yang dijadikan allah t.a.l atas hamba ini
sahut jibril''hukum allah  atass tuan hamba,jika tuan hamba ingin hilangkan hitam ini,maka berpuasalah tuan hamba sehari hingga sampai malam jagan tuan hamba makan dan minum.

maka berpuasalah nabi allah adam sehari semalam.maka datanglah paginya putihlah sesuku tubuh nabi adam.dan jibril turun kepada nabi adam katanya hari ini berpuasa agilah tuan hamba.berlakunya keadaan itu tiga hari lamanya.hinggalah sampai kehari ini segala orang yang soleh itu berpuasa ia mengikut sunah nabi allah dinamakan puasa itu yauma baiyid'.
yakni puasa putih.

maka diamlah nabi allah adam,diserendib berbuat tempat dianugerahkan allah t.a.l anak kembar dua.seorang lelaki dan seorang perempuan.takala itu dijadikan allah t.a.l perempuan beranak mudah dan jadinya terlalu mudah dan matinya lambat.dan banyaklah anak nabi allah adam sepuluh orang.dikawinkanya lelaki yang dahulu lahirnya kepada perempuan yang kemudian lahirnya.hatta maka banyaklah anak cucu nabi allah adam hingga kepada nabi allah sih a.s.l dua ribu tahun lamanya hanya lima orang yang mati.setelah wafat nabi allah adam banyaklah yang mati.

KISAH KEJADIAN ADAM






KISAH jejadian nabi ALLAH ADAM

bahawa firman allah t.a.l hendak menjadikan raja didalam bumi.maka sahut segala malaikat,;ya tuhanku adapun raja yang engkau jadikan itu,kerjanya akan membinasakan isi bumi mu jua,akan kami ini sentiasa mengucap tasbih,tahmid dan tahlil kehaderatmu jua;.maka firman allah t.a.l sesungguhnya aku maha tahu dari apa yang kamu tidak ketahui, 

tetapi iblis tahu akan lahir seorang nabi yang bernama muhammad mustafa akan turun kebumi dari pada adam.hanya iblis itu ingin membantah krn terasa dirinya terlebih mulia dari adam.

firman allah t.a.l kepada jibril''hai jibril turunlah engkau kebumi,ambil segengang tanah aku hendak menjadikan lembaga adam,maka turunlah jibril kebumi,baru hendak digengang bumi itu pun gementar dari pada melihat tangan jibril,maka dengan kudrat allah t.a.l bumi itu pun berkata''demi allah tuhan yang maha tinggi hai jibril jangan engkau gengang takut aku dijadikan khalifah dibumi.kerana aku takut berbuat derhaka kepada tuhan seru sekalian alam.dan sanggat takut aku akan seksa neraka''

hatta,maka jibril pun kembali kehadrat allah s,w,t maka sembahnya''ya tuhanku,engkau jua tuhan yang maha tahu,pada segala pekerjaan hambamu ,bahawa bumi itu tidak mahu hamba mengambilnya tetapi jika sekali lagi engkau titahkan niscaya hambamu ambil kebawah hadratmu maka allah t.a.l brfirman kepada mikail

''hai mikail pergilah engkau kebumi dan ambil olehmu segengang''dan pergilah mikail kebumi dan baru saja hendak diambilnya bumi itu maka ia disumpahi oleh bumi seperti ia menyumpahi jibril.maka kembalilah mikail kehadrat tuhan katanya''ya tuhanku yarabal alamin bahawa engkau jua tuhan yang maha tahu dari pada pekerjaan hambamu.hambamu disumpahi bumi itu,tetapi jika sekali lagi engkau titahkan niscaya hamba akan mengambilnya.

maka allah t.a.l berfirman kepada israfil''hai israfil pergilah engkau kebumi ambil olehmu segengang akan daku''maka pergilah israfil kebumi baru hendak digengangnya maka disumpahinya oleh bumi seperti ia menyumpah jibril dan mikail,maka mikail pun kembali kehadrat tuhan sembahnya,''ya rabul alamin maka hambamu disumpahi oleh bumi itu.maka hak subhanahu wa t.a.l berfirman kepada izrail..''hai izrail pergi engkau kebumi dan ambil segengang bumi itu bahawa ku suruh jibril dan mikail dan israfil tiada terambil olehnya bumi itu.

hatta..maka izrail pun pergilah turun kebumi baru hendak diambilnya tanah itu,maka tanah itu pun menyumpahi izrail seperti disumpahnya yang dahulu itu.maka kata izrail ''hai bumi bahawa engkau menyumpahiku ini telah ku ketahui.tetapi bukan dengan kehendaku hanya sesungguhnya aku dengan firman tuhan seru sekalian alam jua.maka izrail pun meminjakan tanganya hingga sampai pada segala muka bumi,dari misra' sampai ke miqra',,maka digengamnya tanah itu sampai kepada tujuh pertala bumi,tempat itulah jadinya laut qalzam.maka dibawalah izrail tanah itu kehadrat allah t.a.l. maka sembahya,

''yarabi,ya saidi,ya ilahil alamin,bahawa engkaulah jua tuhan yang amat mengetahui bahawa hambamu disumpahi oleh bumi ini, inilah ya tuhanku,

maka firman allah t.a.l bahawa sumpah bumi itu kepadamu  telah aku tolakanlah. hai izrail bahawa aku hendak menjadikan adam,maka bahawasanya segala mereka itu dan segala anak cucunya pada izraillah terserah ku suruh mengambil segala nyawa mereka itu sekalianya.

maka sembah izrail''ya tuhanku,jika demikian berseterulah mereka itu sekalianya dengan hamba mu''.maka firman allh t.a.l ''hai izrail bahawa aku ini amat berkuasa pada berbuat barang sekehendaku jika aku nitahkan  seorang hambaku pada mengerjakan sesuatu pekerjaan ku dimanakan dapat engkau dibawanya berseteru.seseorang ku matikan dengan sebab demam,atau sebab sakit kuat atau sebab lemas didalam air.atau sebab dimakan binatang atau sebab berkelahi atau terbakar atau sebab jatuh ditimpa kayu,adalah nama sekalianya disebab tiadalah nama mu yang disebut.

firman allah t.a.l hai izrail campurkanlah tanah itu,maka dihantarnya diatas bumi,firman allah t.a.l hai malaikat, ambil olehmu air empat perkara.cucurkanlah air tawar,air masin,air hanyir,air yang pahit.bermula air tawar itu jadi air liyur,air yang masin itu jadi air mata,air yang hanyir itu jadi air hidung,air yang pahit itu jadilah ia tahi telingga.
kata
[ibnu abas radiallah hu anha]bahawa allah t.a.l menjadikan adam itu daripada tujuh pertala bumi.pertama kepalanya dari tanah hindi dan tulangnya dari pada tanah bukit kaf,dan zakarnya dari pada tanah babil dan belakangnya dari pada tanah arafah,dan hatinya dari pada tanah surga firdaus,dan lidahnya dari pada tanah taif,

kedua,,matanya dari pada tanah hawad kerana akan kepalanya itu dari pada tanah baitul mukadis itu akan tempat budi.mukanya dari pada tanah surga itu akan tempat perhiasan.dan kedua matanya dari pada tanah hawad akan pemandangan dan kakinya dari pada tanah hindi akan tempat berjalan dan zakar dari pada tanah babil itu akan tempat shawat dan tulangnya dari pada tanah jabal kaf itu akan tempat kuatnya.dan lidahnya dari tanah taif akan tempat berkata-katanya.maka dijadikan allah t.a.l itu akan tubuh anak adam itu sembilan pintu yaitu

pada kepalanya,,kedua liang hidung,kedua telinga,kedua matanya,mulut,kemaluanya,danduburnya.dan dipasangkanya lima panca indera,penglihatan pada matanya,pendengar pada telinganya,dan pencium pada hidungnya,perasa pada mulut.dan penjawat pada tanganya.

maka terhantarlah lembaga adam pada bumi.maka sembah segala malaikat''ya tuhanku hikmat apakah ini''firman allah t.a.l''bahawa aku hendak menjadikan raja didalam bumi ini sebagai gantiku,''maka sembah segala malaikat''siapakah kau jadikan kepada raja itu ialah yang berbuat pasik didalam bumi ini,menumpahkan darah sesama sendirinya bermula akan kami sentiasa mengucap tasbih memuji dikau dengan takdis kami bagimu.

likaulihi t.a.l''aku jua yang tahu pada barang yang tiada kamu ketahui''bermula telah beberapa lamanya lalulah iblis dengan tenteranya,bahawa ketika itu iblis raja didalam bumi ini maka dilihatnya lembaga adam.maka kata iblis pada segala malaikat.inilah khalifah yang akan dijadikan allah t.a.l diatas bumi maka sahut malaikat,bahkan ialah akan dijadika raja didalam bumi ini.maka kata iblis laknat tullah jikalau rupa ini aku disuruh untuk membinasakan dia dengan mudahnya juga aku binasakan,dan jikalau aku dititahkan allah menyembah dia, atau turut katanya niscaya tidaklah aku menyembah dia dan menurut katanya.pun serta diludahnya ditengah-tengah lembaga adam itu.maka disapu oleh malaikat yang menanggung lembaga itu.maka jadilah pusat adam.

setelah itu,jadilah lambung dada anak adam tetapi nyawa yang suci itu masih lagi berada didalam kendil tergantung dibawah aras allah mengucap tasbih memuji allah jua kerjanya.maka dengan hikmat tuhan seru sekalian alam bahawa alam kendil itu putuslah maka gugur setitik dari kendil itu,kebawah tujuh lapis langit lalu sampai kepada lembaga itu maka nyawa itulah cahaya muhammad s.a.w.

maka rahsia itu pun dicampurkan dengan tanah lembaga itu dimesrakan diambil sedikit,maka firman allah t.a.l. kepada jibril bawalah tanah yang bercampur dengan roh itu kedalam syurga maka dicampurkan dengan kasturi,ambar,zafran dan kapur dan khalambak,maka oleh jibril dicampurkannya sekalian itu maka firman allah t.a.l.bawalah tanah yang cahaya kenakan pada dahi lembaga itu.maka dikerjakan jibril akan perintah tuhan itu.maka firman allah t.a.l kepada jibril,mikail,israfil dan izrail pada seorang-seorang kamu dengan tujuh ribu malaikat serta kamu maka bawalah oleh kamu tabak yang berisi nyawa adam itu.hatta maka nyawa itu dibawa malaikat sekalian itu kepada lembaga badan adam itu maka nyawa itu dihantarkan dikepala adam maka firman allah kepada nyawa itu masukan engkau kedalam jasad ini.bahawa badan inilah tempat mu diam maka tujuh kali dikeliling akan nyawa itu kepada lembaga adam itu,maka segala malaikat menantikan nyawa itu masuk maka sembah nyawa''ya tuhanku bahawa aku ini roh yang amat latif dengan cahaya engkau.maka bertapa aku masuk pada rumah yang kelam ini.

firman allah t.a.l''masuk pun digagahi dan tak kala keluar mu pun digagahi jua''maka nyawa itu pun masuk melalui hidung kira-kira dua ratus tahun lamanya setelah itu nyawa itu masuk keotak adam,maka terbukalah mata adam maka nyawa itu datang pada rongkongnya adam dan turun kepada dada adam dan lalu kepusat adam maka dihantarnya tangan adam kebumi hendak duduk tiada dapat.maka kata segala malaikat perangai ini amat gopoh,lagi setengah badanya tanah maka hendak duduk,

firman allah t.a.l''menjadikan manusia itu perangainya amat gopoh''.maka sampailah nyawa itu segala tubuh adam.dan lengkaplah  nyawa itu pada segala tubuh adam,maka jadilah daging dan darah maka hiduplah adam a.l.s,,hatta maka tebersinlah adam,maka diilhamkan adam didengarnya adam firmanya''hai adam ucaplah olehmu allhamdulilah hi rabil alamin''
maka di ucapkan adam datang balas dianugerahkan oleh allah''ya har kallah ya addam''maksudnya dikasihi allah keatas mu wahai adam.

inilah anugerah mu wahai adam atas pujian mu itu.maka dijadikan allah asap dari pada roh adam.maka disuruh jibril akan asap itu,kerana asap itu ada hikmat didalamnya dan akan dijadikan seorang rasul dari asap itu ialah bernama isa a.l.s. hatta maka ditaruh jibril dengan sempurnanya dipeliharakanya datang kepada isa jadi nabi..

KISAH ADAM DISURGA

Kisah Adam DISURGA


maka nabi adam pun berdirilah dan dipakaikanya pakaian kemenangan.maka bertambahlah kebaajikan adam tiada bercampur dosa serta kemenangan.maka sempurnalah kejadian adam maka dipakaikanya pakaian didalam surga serba perhiasan.maka ditanggung diatas lahir malaikat maka terbitlah cahaya dari pada muka adam datang kebawah aras arrahman.maka diarak pada segala malaikat tawaf berkeliling langit supaya adam melihat segala yang ajaib-ajaib yang indah-indah  supaya bertambah yakin adam akan kebesaran tuhanya,adapun lamanya kira-kira seratus tahun.maka dianugerahkan allah t.a.l kepada adam seekor kuda dari pada kasturi yang harum baunya nama kuda itu maimun dan kedua sayapnya dari pada mutiara dan marjan.

maka dinaikan jibril akan adam keatas kuda itu,maka dipegang nabi adam kuda itu maka jibril dihadapan,mikail dikanan,israfil dikiri,dan izrail dibelakang.maka tawaflah nabi adam pada tujuh lapis langit maka adam pun memberi salam kepada sekalian malaikat yang banyak disahut salam adam itu.maka firman allah t.a.l hai adam inilah haluan segala mukmin dari pada segala anak cucu mu datang kepada hari qiamat.

takala,sudahlah nabi adam diarak pada langit.maka diarak malaikat pula turun kebumi dengan perhiasanya
.maka firman allah t.a.l, kepada sekalian para malaikat ertinya''sembahlah oleh kamu akan adam atas sekali sujud kepadanya itu sujud tahyat[penghormatan] namanya bukanya sujud kebaktian.sujud kebaktian itu tiada harus hanya kepada allah jua.tiada harus kepada yang lain.maka sujudlah segala malaikat itu melainkan iblis jua tiada sujud.

firman allah t.a.l.''hai iblis siapa yang menegah engkau sujud pada yang ku jadikan dengan tanganku'',maka kata iblis''ya tuhanku aku terlebih baik dari padanya bahawa aku dijadikan dari pada cahaya api,dan kau jadikan adam itu dari pada tanah yang kelam,tiada harus cahaya menyembah kelam.

firman allah t.a.l hai iblis keluarlah engkau dari malaikatku dan engkaulah yang dilontar malaikatku akan laknat ku atas mu.hingga datang hari qiamat yakni hari akhirat.hai iblis keluarlah engkau dibawah langitku dan dari atas bumiku,dan keluarlah engkau dari rupa malaikat ku,masuklah engkau pada rupa iblis dan engkau maka azazil pun jadilah rupa iblis.dan matanya dikepala itu perut terbondol maka barang siapa yang melihat dia.itulah iblis yang dimurkai allah t.a.l yang membantahi firman tuhan yang maha tinggi dan menurutkan takburnya.firman allah t.a.l iqrarlah engkau akan dirimu hai iblis,iblis pun iqrarlah akan dirinya,dan mendatang sembah katanya

maka sembah iblis kerana adamlah maka aku kau murkai,dan nikmatmu kau ambil dari pada hambamu,tetapi dari pada hari ini datang kepada hari qiamat minta janji aku kehadratmu ya tuhanku perkenankanlah permintaan hambamu,maka berani hambamu berdatang sembah kehadratmu ya tuhanku.

firman allah t.a.l telahku perkenankan permintaan mu itu berdatang sembahlah engkau hai iblis.sembah iblis
ertinya''demi kemuliaan mu dan demi ketinggian mu,demi bahawa engkau jua yang maha mulia dan maha tinggi, bahawa akan segala anak cucu adam ini ku pohonkan kehadratmu,hambalah menyatakan dunia dan hambalah yang mengupahi dari pada jalan makmur ku bawai kepada jalan yang sesat supaya diikutnya barang kata hamba supaya ia bersama dengan daku masuk neraka bahawa melainkan hambamu yang dipilihan itu jua yang tiada tertawan olehku,kerana mereka itu menjunjung firman mu serta dengan ilmunya yang engkau anugerahkan kepadanya.

firman allah''hai iblis telah ku perkenankan permintaan mu itu.selama engkau datang kepada hari qiamat.maka setelah itu iblis pun berdendamlah kepada adam dan anak cucunya mencari jalan akan perrsesatkan adam dan anak cucunya itulah yang dimasqulkanya hingga hari qiamat.

firman allah t.a.l
ertinya''aku jua yang terlebih tahu akan sembahmu,bahawa neraka itu ku penuhi sebab engkau segala yang menuruti katamu,dan mengerjakan segala pekerjaan mu.

firman allah t.a.l pada segala malaikat''bawalah adam kelangit,mengadap tuhan yang maha mulia lagi amat besar.bahawa sekalian isi langit itu memujinya,setelah adam dirajakan maka diarak kedalaam surga firdaus,maka dilihat adam didalam surga itu tiada seorang pun,yang serupa dengan dia maka adam pun bebaring diatas lambungnya yang kanan,maka tertidurlah adam,allah t.a.l tahu akan adam yang berduka cita itu,oleh kerana ia kanak-kanak lagi seorang didalam surga itu,maka dijadikan allah t.a.l akan ummahatul insan[yakni ibu segala insan] iaitu siti hawa dari lambung kiri adam.maka takala jadinya siti hawa adam pun dengan kodrat allah t.a.l terjagalah dan apa bila matanya terbuka dilihatnya ada seorang perempuan disisinya.

ada pun akan siti hawa itu dianugerahkan allah t.a.l terlalu indah rupanya,dan amat baik paras rupanya,gilang gemilang cahayanya maka adam pun hendak menjabat siti hawa maka datang firman tuhan''hai adam jangan engkau jabat akan dia dahulu sebelum aku kawinkan engkau dengan dia,maka sembah adam bahawa sekalian itu dari pada anugerah mu jua dan hamba menjunjung barang titah mu,maka firman allah t.a.l hai para malaikat ku.bawa oleh kamu akan bekas berisi emas dan perak dan mutiara dan intan dan manikam yang indah-indah itu kehadapan adam dan siti hawa.bahawa aku hendak mengawinkan adam dan siti hawa maka datang satu suara dari tuhan yang bunyinya''

yakni segala puji-pujian bagi allah t.a.l yang amat besar kebesaranya bahawa segala mereka itu telah percayalah ia akan daku dan segala puji-pujian bagi kekasihku dan pensuruhku telah naik saksilah segala malaikat ku dan segala isi langitku dan segala malaikat yang menanggung arasku,bahawasanya telah ku kahwinkanlah hambaku adam dengan hawa diatas langgit ku dengan kudratku,bahawa adam a.s mengucap tasbih akan daku dan membesarkan ku dan memuji akan daku,dan iaitu dengan kemuliaan ayat kursi dan naik saksilah aku bahawasanya tiada tuhan yang menjadikan segala sesuatu hanya aku jua tuhan yang amat kuasa bahawasanya adam khalifah ku,dan hawa itu isterinya dan berkekalanlah ia pada mengasihi dia,dan sekalian mereka itu berbuat ibadat akan daku dan telah membawa iman mereka itu akan muhammad kekasihku dan rasulku yang ku besarkan atas segala sesuatu.

setelah itu adam memuji tuhan,maka turunlah malaikat melihat kurnian tuhan kepada adam.maka datang firman hai adam jabatlah oleh mu tangan hawa itu,dan iaitulah surga kediaman kamu kedua dengan segala nikmatnya,dan duduklah engkau dengan hawa didalam surga itu makanlah olehmu segala nikmat surga itu ku anugerahi pada mu s.w.t

bermula ada pohon kayu suatu itu khaldi namanya jangan kamu hampir kepadanya.dan jikalau engkau hampir kepada pohon kayu itu niscaya adalah kamu kedua meaniaya diri kamu.bahawa surga itu tiada seperti dunia sebagai lapar dan dahaga.maka adam pun tetaplah didalam surga.

firman allah t.a.l''hai adam diamlah engkau didalam surga ini,tetapi engkau ingat akan bencana iblis itu seteru mu yang mungkar,dan jangan engkau hampir pohon kayu itu,jika engkau hampir kepadanya adalah engkau menganiaya dirimu,dan hendaklah engkau ingat akan iblis itu,ambil olehmu ia akan seterumu.

lihatlah adam akan pintu surga itu amat teguh,maka pada hati adam terpelihara aku dari pada bencana iblis itu,dan ia berseteru dengan aku apa salahku kepadanya.lagi pun ia jauh dimana aku kerana ia didalam dunia dan aku didalam surga.maka adam pun ingatlah akan dirinya tidak menghampiri pohon kayu itu.

iblis pun sentiasalah mencari jalan untuk memperdayakan adam,maka iblis pun berjalanlah dari pada ketujuh tingkat bumi dan lalu ketujuh tingkat langgit.maka tak kala sampailah ia kepintu surga maka duduklah ia diluar pintu surga serta dengan duka citanya yang amat sangat serta menantikan pintu surga itu terbuka.supaya dapat ia membuat sesuatu bencana.maka denga takdir allah datang seekor burung merak didalam surga itu,maka maka ia mengintai maka dilihatnya ada seorang tua duduk diluar surga itu serta dengan tangisnya,maka bertanya merak itu ''siapa engkau ini''maka sahut iblis aku ini malaikat diantara malaikat yang banyak.dan aku sangat hendak bertemu dengan dikau''maka kata merak mengapa engkau duduk disini''

maka kata iblis''marilah engkau berdiri dipintu surga ini,supaya ku ajar engkau satu do'a.dan do'a ini tiga khasiatnya dianugerahkan allah t.a.l kepada barang siapa yang mengamalkanya,pertama muda selamanya,kedua tiada mati selamanya ketiga tiada ia keluar didalam surga ini selamanya''

kata merak tiada dapat aku membuka pintu surga ini kerana ia dikunci malaikat selama adam ada didalam surga ini,kata iblis bicarakanlah juga olehmu untuk membuka pintu surga ini,

merak pun bertemu dengan ular,dan berbicaralah ia.hai ular lihatlah oleh mu qarib itu,tiba-tiba menangis diluar pintu surga itu,maka ular pun menjenguk diluar surga itu,takala iblis melihatnya berkatalah iblis kepada ular itu''hai ular pelajarilah olehmu akan doa ini supaya engkau terpelihara oleh kejahatan.serta membawa janji aku kepadamu bawalah aku masuk kedalam surga itu.

maka kata ular tiada aku dapat membuka pintu surga ini,kerana ia dikunci oleh malaikat selama adam ada didalam surga ini.maka kata iblis aku tidak menjijakan kaki ku melainkan dipintu surga inilah,tetapi bukalah olehmu mulutmu supaya dapat aku masuk kemulutmu itu''

maka pada hati ular mana mungkin dapat masuk kemulutku.maka ular itu pun mengagakan mulutnya,hatta  maka iblis pun melompatlah kedalam mulut ular itu.maka jadilah barang yang dikehendaki iblis itu atas ular.maka ular pun menghala kan kepalanya kedalam surga itu.maka kata iblis hai ular bawalah aku kepada pohon kayu khaldi itu.setelah sampai maka iblis pun keluarlah dari dalam mulut ular itu.duduklah iblis dengan tangisnya terlalu sangat duka citanya.maka terkejutlah segala anak bidadari didalam surga itu kerana didalam surga  tiada pernah mendengar tangisan.maka datanglah sekalian bidadari kesisi iblis,maka takala itu siti hawa segala anak bidadari berada dibawah pohon kayu itu.

maka siti hawa pun bertanya''hai orang tua,siapa engkau dan dari mana datang mu.dan apa engkau tangiskan itu.maka iblis pun berkata hai orang muda bahawa aku ini dari kalangan malaikat,dan yang aku tangiskan itu engkaulah kerana engkau lagi akan dikeluarkan allah t.a.l dari pada surga ini,jika engkau hendak kekal didalamnya makanlah olehmu buah kayu ini,niscaya tiada lagi engkau keluar dari surga ini selamanya.aku yang menunjukan buah kayu itu makanlah oleh mu buahnya sesungguhhnya jika engkau makan akan dia.niscaya kekalah engkau didalam surga ini.

maka kata siti hawa aku dilarang allah t.a.l memakan buah kayu ini,bagai mana pula engkau menyuruh aku memakan buah kayu itu.

maka kata iblis''itulah hikmat tuhan untuk mengeluarkan mu didalam surga ini,dan untuk mentuakan mu,dan kejilah rupamu jika engkau makan buah kayu itu,tiadalah engkau merasai kejahatan lagi serta iblis pun bersumpahlah atas nama allah dan nama allah yang maha besar.

dengan takdir allah maka dalam hati siti hawa bahawasanya orang tua ini bersumpah atas nama allah yang maha besar sebab kerana hendak menunjukan akan jalan kebajikan akan kami''

maka siti hawa pun mengambilnya tiga biji.sebiji dimakanya dan dibawanya kepada adam.maka bertanyalah adam buah apa ini.kata siti hawa inilah buah yang dilarang tuhan,tuan hamba makanlah sudah hamba makan sebiji.

maka kata adam,apa rasanya kata hawa terlalu baik cita rasanya,kata adam tiada aku mahu memakanya kerana aku telah bersetia dengan tuhanku untuk tidak memakanya.tiadalah aku mahu melangar perintah tuhanku.

maka siti hawa pun memberi akan adam khamar,setelah itu terlupalah adam akan janji tuhanya dan makanlah adam akan buah itu,setelah dimakanya tertanggalah segala pakaian surganya dan adam pun menjadi kerdil.berlarilah adam pada segala pelusuk surga seperti orang gila kerana malu kepada tuhan seperti katanya.

tuhanku bahawa aku menganiaya diriku sendiri dan alpa akan firman mu.ya tuhanku ampunilah kiranya akan dosa kami,dan peliharalah kami dari malu ini bahawa kami dari orang yang derhaka kebawah hadrat mu ya tuhanku.

dan firman allah kepada jibril''hai jibril keluarkan lah adam.siti hawa dan merak dan ular dan iblis itu didalam surga ini,buangkan kedunia..maka adalah  takala adam dikeluarkan itu maka berdirilah adam berserta tangisnya oleh kerana bercerai dengan surga itu.serta ia mengambil kayu surga sepangkal akan tongkatnya,dan kayu itulah akan dia seribu ma'jizat maka berjalanlah mereka itu,dan adam dahulu,siti hawa dibelakangnya,dan merak,dan ular,dan iblis laknatullah.

Ya Allah


Allah humma
Ya Allah kurniakanlah kepadaku
jalan pertunjuk-Mu
jalan pimpinan para rasul-rasul-Mu
kurniakanlah
rahmat hidayah dengan kasih sayang-Mu
yang tidak pernah akan kering
walau kemarau
meredah dunia akhirat-Mu
sesungguhnya Engkau
tidak pernah mengabaikan setiap
pengharapan
walau
dari seorang hamba
amin..